JustMarkets Copytrading menyediakan jenis akaun yang berbeza untuk Trader dan Pelabur. Setiap akaun ini mempunyai fungsi tertentu dalam menguruskan dagangan, komisen dan dana. Dengan memahami bagaimana setiap berfungsi akan membantu Trader dan Pelabur berdagang dengan lebih berkesan dalam ekosistem copytrading.
Jenis Akaun
Akaun Trader (Pedagang)
Ini merupakan akaun dagangan biasa yang dihubungkan dengan sistem copytrading.
- Hanya akaun jenis Standard dan Pro pada platform MT4 yang boleh digunakan.
- Semua dagangan yang dibuka pada akaun ini akan disalin secara automatik ke Akaun Pelabur.
- Trader boleh membuat deposit, pengeluaran dan memindahkan dana dengan bebas.
- Bilangan maksimum akaun dagangan yang boleh dihubungkan dengan Copytrading adalah 5.
Dompet Trader
Ini adalah dompet khusus di mana komisen yang diperolehi daripada Pelabur akan dikreditkan.
- Dicipta secara automatik selepas komisen pertama diterima.
- Tidak boleh digunakan untuk tujuan dagangan atau deposit – hanya pengeluaran dibenarkan.
- Anda tidak boleh log masuk ke dompet ini, tetapi ia boleh dilihat di Ruang Peribadi > Akaun Saya.
Dompet Pelabur
Dompet ini menyimpan baki utama Pelabur.
- Digunakan untuk membuat deposit, pengeluaran atau membuat pemindahan dalaman untuk pelaburan.
- Dana daripada akaun ini digunakan untuk memulakan proses Copytrading dengan seseorang Trader.
Nota Penting
Bonus:
- Trader boleh menerima bonus dalam Akaun Trader mereka.
- Pelabur tidak boleh menerima bonus dalam Dompet Pelabur mereka.
Peraturan Akaun
- Deposit minimum Trader:
- $10 untuk akaun Standard
- $200 untuk akaun Pro
- Pelaburan Minimum Pelabur:
- $25
- Status Swap-free:
- Dikenakan secara automatik berdasarkan status kewarganegaraan pelanggan.
- Platform:
- Copytrading hanya dapat dilakukan menggunakan MetaTrader 4 (MT4).
Cara Menutup Akaun
Pengguna tidak boleh menutup akaun secara manual.
Akaun akan diarkibkan secara automatik oleh sistem menurut polisi syarikat.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel ini: Bagaimana Cara Menutup kaun Dagangan?
Kesimpulan
Sama ada anda seorang trader atau pelabur, penting untuk memahami jenis akaun anda dan fungsi-fungsinya. Ini dapat memastikan anda dapat menguruskan dana dengan lebih berkesan, pantau prestasi anda dan mengoptimum pengalaman dagangan secara Copytrading di JustMarkets.