Artikel ini membantu pelabur memahami perbezaan status yang terpapar apabila pelabur menyalin dagangan trader melalui perkhidmatan Copytrading di JustMarkets. Dengan memahami maksud bagi setiap status, pelabur dapat menguruskan pelaburan dengan lebih berkesan dan mampu mengawal sepenuhnya aktiviti copytrading mereka.
Proses Penyalinan oleh Pelabur
Pelabur boleh menyalin seberapa ramai trader yang mereka mahukan. Proses penyalinan (copying) berlaku secara automatik, jadi Pelabur tidak perlu menguruskan dagangan secara aktif selepas sebaik sahaja tetapan penyalinan dibuat.
Dalam Ruang Pelabur, pelabur boleh memantau semua pelaburan semasa, melihat senarai trader yang disalin dan mengakses statistik terperinci bagi setiap pelaburan.
Apa itu Status Penyalinan Pelabur
Pelabur mungkin akan melihat status berikut di sebelah nama trader yang mereka salin.
1. Tiada Status (Penyalinan Aktif)
- Jika tidak terdapat label di sebelah nama samaran trader, ia bermaksud pelaburan sedang aktif dan proses penyalinan diteruskan secara automatik.
2. On Hold
- Sekiranya ekuiti pelaburan mencecah sifar, ia akan ditandakan dengan ON HOLD.
- Pelabur tidak akan berhenti melanggan trader secara automatik.
- Pilihan yang ada:
- Depositkan lebih banyak dana untuk teruskan menyalin.
- Hentikan proses salinan secara manual.
3. Stopping
- Apabila pelabur klik pada “Henti salin”, satus akan berubah kepada “Stopping”.
- Ini menunjukkan sistem sedang dalam proses untuk menutup semua dagangan terbuka dan memindahkan baki dana kembali ke Dompet Pelabur.
4. Stopped
- Status “Stopped” bermaksud pelabur tidak lagi menyalin trader tersebut.
- Terdapat dua kemungkinan yang berlaku:
- Pelabur telah menghentikan proses salinan secara manual.
- Salinan telah dihentikan secara automatik disebabkan oleh Stop Out (dagangan ditutup secara paksa disebabkan margin tidak mencukupi).
Kesimpulan
Memahami status pelaburan anda dalam copytrading adalah penting untuk mengawal strategi anda dan buat keputusan tepat pada waktunya. Dengan memahami maksud bagi setiap status, pelabur boleh mengambil tindakan yang sesuai—sama ada perlu menambah dana, menghentikan penyalinan—atau sekadar memantau pelaburan dengan lebih teliti.