Mod copy merupakan fungsi disediakan pada Copytrading di JustMarkets. Fungsi ini membolehkan pelabur memilih jumlah volume yang ingin disalin (copy) daripada strategi trader tersebut. Alat yang fleksibel ideal digunakan untuk menyesuaikan pelaburan anda berdasarkan toleransi risiko dan objektif dagangan anda.
Pelabur boleh memilih pilihan yang telah disetkan seperti:
- Equal (x1)
- Double (x2)
- Triple (x3)
- Mod Custom (sebarang nilai antara 0.01 dan 9999)
Mod Copy yang dipilih akan menentukan berapa banyak volume dagangan trader yang disalin dan amaun pelaburan akan digandakan mengikut piihan yang telah dipilih.
Bagaimana Mod Copy Berfungsi?
Apabila anda memilih Mod Copy, sistem akan memaparkan pelaburan mimimum yang diperlukan untuk menggunakan mod tersebut.
- Lebih tinggi pendarab (multiplier), lebih tinggi volume yang anda akan salin daripada trader tersebut.
- Jika anda menggunakan Mod Copy pilihan custom di bawah x1, volume yang disalin tidak boleh kurang daripada 0.01 lot, dan syarat pelaburan minimum masih terpakai.
Pilihan mod ini membolehkan pelabur menyesuaikan toleransi risiko mereka dengan lebih fleksibel—menaikkan atau menurunkannya—dan dalam masa yang sama kekal mematuhi syarat platform.
Contoh Mod Copy
Katakan pelaburan minimum untuk seorang trader adalah $25:
- Equal (x1):
- Pelaburan minimum $25
- Order yang disalin bersamaan dengaan volume dagangan trader
- Trader membuka 0.10 lot > pelabur akan salin 0.10 lot
- Double (x2):
- Pelaburan minimum $50
- Order yang disalin adalah 2x volume dagangan trader
- Trader membuka 0.10 lot > pelabur akan salin 0.20 lot
- Triple (x3):
- Pelaburan minimum $75
- Volume order yang disalin adalah 3x volume trader
- Trader membukan 0.10 lot > pelabur akan salin 0.30 lot
Mod Custom yang kurang daripada x1 (cth., 0.01x–0.99x)
- Jika pelabur memilih Mod Copy 0.01x dan trader membuka 2.00 lot, pelabur akan salin: 0.01 x 2.00 = 0.02 lot
- Jika trader membuka 0.01 lot, sistem akan membundarkan kepada saiz pelaburan minimum yang dibenarkan iaitu 0.01 lot.
Bagaimana Cara Mengubah Mod Copy
Anda boleh mengubah Mod Copy untuk pelaburan yang aktif pada bila-bila masa.
Langkah-langkah:
- Pergi ke Ruang Pelabur.
- Pilih trader yang anda sedang salin.
- Klik pada simbol tiga titik pada menu, di sebelah strategi.
- Klik “Tukar Mod Copy”.
- Pilih mod baru yang anda inginkan.
Ambil perhatian:
- Mod Copy yang baharu hanya diaktifkan pada dagangan baharu.
- Dagangan sedia ada akan kekal menggunakan mod lama.
- Jika anda memilih 2x atau lebih tinggi, pastikan anda memenuhi syarat pelaburan minimum, atau anda akan diminta untuk menambah deposit.
Kesimpulan
Mod Copy memberi kebebasan kepada pelabur untuk mengawal risiko dengan menyesuaikan sejauh mana pelabur ingin mengikut volume dagangan trader. Sama ada anda inginkan pertumbuhan yang stabil atau pulangan keuntungan lebih tinggi, pilih mod yang sesuai dengan tahap toleransi risiko anda dan juga modal yang anda miliki.