Trader boleh memilih untuk mengeluarkan akaun dagangannya dari sistem JustMarkets Copytrading pada bila-bila masa. Proses ini akan mengeluarkan akaun trader daripada senarai di Leaderboard dan pelabur baru tidak boleh melanggan/menyalin strategi tersebut.
Tindakan mengeluarkan akaun daripada Copytrading adalah proses yang kekal yang memastikan strategi tidak lagi dapat disalin atau dipromosikan melalui platform.
Syarat untuk Mengeluarkan Akaun
Sebelum sesebuah akaun boleh dikeluarkan dari Copytrading, syarat berikut mesti dipenuhi:
- Semua dagangan terbuka mesti ditutup. Sekiranya terdapat posisi dagangan yang masih akif, butang “Exclude account” tidak boleh diaktifkan.
Sebaik sahaja semua posisi ditutup, butang boleh diakifkan.
Please note: Sila ambil maklum:
- Apabila sesebuah akaun dikeluarkan, langganan semua pelabur yang sedang menyalin strategi tersebut akan dihentikan secara automatik.
- Semua order Pelabur yang sedang terbuka akan ditutup.
- Dana Pelabur (selepas ditolak komisen yang berkaitan) akan didebitkan ke Dompet Pelabur.
Panduan Lengkap
- Pergi ke Ruang Pedagang.
- Akaun Dagangan yang anda ingin keluarkan dan buka tetapan akaun tersebut.
- ke bawah dan klik butang “Exclude account” di bahagaian bawah halaman.
- Popup untuk pengesahan akan dipaparkan.
- Klik “Exclude account” sekali lagi untuk mengesahkan pilihan anda.
Nota Penting
- Apabila akaun Trader berjaya dikeluarkan, komisen akan dikenakan ke atas semua akaun Pelabur dan dipindahkan ke Dompet Trader.
- Pengeluaran akaun ini adalah muktamad. Sekiranya anda ingin menghubungkan semula akaun ini ke Copytrading pada masa akan datang, anda perlu melakukan tetapan secara manual dan pautkan semula akaun tersebut sekali lagi melalui Ruang Pedagang.