Dalam panduan ini, anda akan mengetahui bagaimana trader boleh menguruskan dan mengemas kini tetapan profil copytrading mereka untuk memperkenalkan diri dengan lebih baikdi Leaderboard dan menarik lebih ramai pelabur baru. Tetapan yang diurus dengan betul memastikan komunikasi yang lebih jelas dengan pelabur berpotensi serta mengawal sepenuhnya dagagan Copytrading.
Penetapan Maklumat Semasa Menghubungkan Akaun Dagangan
Ketika pertama kali menghubungkan akaun dagangan ke perkhidmatan Copytrading di JustMarkets, trader boleh menetapkan perkara berikut:
- Foto profil.
- Nama samaran (tetapan hanya boleh dibuat sekali sahaja untuk semua akaun dan tidak boleh diubah secara manual).
- Kadar komisen (daripada 0% sehingga 50%).
- Aktifkan Tempoh Percubaan — membolehkan pelabur baru menyalin (copy) dagangan tanpa membayar komisen dalam tempoh 7 hari pertama.
- Penerangan strategi — penjelasan tentang strategi anda.
- Pautan ke chat umum — pautan pilihan ke kumpulan atau saluran media sosial untuk berkomunikasi dengan pelabur.
Semua maklumat ini akan dipaparkan di Leaderboard untuk membantu pelabur memilih trader yang ingin disalin.
Cara Edit Tetapan Profil Trader
Untuk mengemas kini tetapan anda:
- Lawati Ruang Pedagang
- Pilih akaun dagangan yang anda ingin edit.
- Klik pada butang gear berwarna biru di sebelah akaun.
- Anda boleh edit perkara berikut:
- Muat naik dan tukar foto anda.
- Ubah sesuai peratus Komisen.
- Aktifkan atau nyahaktifkan Tempoh Percubaaan.
- Kemas kini Penerangan Strategi
- Tambah atau edit oautan ke Chat Umum
- Keluarkan akaun daripada seksyen Copytrading, jika diperlukan.
Nota: Perubahan hanya akan terpakai kepada pelabur baru. Bagi pelabur sedia ada yang telah pun menyalin dagangan anda, syarat sebelum ini tidak berubah.