Dana Sokongan (Support Funds) merupakan lapisan perlindungan tambahan yang direka untuk membantu pelabur menguruskan risiko ketika menyalin strategi dagangan. Tujuan utama perlindungan ini adalah untuk mengekalkan strategi aktif semasa semasa pergerakan harga yang mengejut atau tidak dijangka. Ia membolehkan strategi dagangan diberi masa untuk semula dan mengelakkan penutupan posisi yang sebenarnya boleh dielakkan.
Dana Sokongan ditawarkan secara pilihan dan hanya boleh ditambahkan ketika mula menyalin strategi Trader.
Berapakah Amaun Dana Sokongan yang Perlu Ditambah?
Jumlah yang disarankan untuk Dana Sokongan adalah sekurang-kurangnya 40% daripada amaun minimum pelaburan.
Ketika menambah Dana Sokongan, pelabur akan akan dapat melihat paparan mesej berdasarkan amaun:
- 0%–19% – Mesej berwarna Merah. Menunjukkan risiko tinggi. Dana mungkin tidak mencukupi untuk melindungi pelaburan semasa volatiliti dalam pasaran.
- 20%–39% – Mesej berwarna kuning. Risiko sederhana. Dana sokongan menawarkan perlindungan secara sebahagian tetapi mungkin tidak dapat melindungi keseluruhan pelaburan ketika pasaran turun naik.
- 40% atau lebih – Mesej berwarna hijau. Menunjukkan tahap Dana Sokongan yang disarankan telah ditambah dan menawarkan perlindungan yang lebih baik terhadap perubahan harga dalam pasaran.
Dana Sokongan membantu mengurangkan risiko of stop-out semasa tempoh volatiliti, sekaligus berpotensi meningkatkan prestasi untuk jangka panjang.
Apa Maksud “ON HOLD” di Ruangan Pelabur?
Sekiranya ekuiti pelaburan mencapai paras sifar, status “ON HOLD” akan dipaparkan pada pelaburan.
Status ini bermaksud:
- Pelabur tidak akan diberhentikan daripada mengikuti Trader secara automatik.
- Pelabur mempunyai dua pilihan:
- Tambah deposit untuk terus menyalin trader.
- Berhenti menyalin sepenuhnya.
Status ini membolehkan pelabur membuat keputusan sama ada mereka masih yakin strategi tersebut boleh pulih atau memilih untuk keluar daripada dagangan.
Contoh: Mengapa Dana Sokongan Penting
Katakan seorang pelabur membuat deposit sebanyak $100 untuk menyalin seorang trader.
- Jika strategi trader tersebut berhadapan dengan kejatuhan sementara di pasaran, dan pelabur tidak mempunyai Dana Sokongan, ekuiti mungkin mencapai paras sifar dan pelaburan tersebut akan ditandakan dengan “ON HOLD”.
- Pelabur perlu membuat keputusan sama ada: tambah dana atau berhenti salin.
Sekarang, katakan pelabur yang sama menambah $40 ke Dana Sokongan (iaitu 40% daripada jumlah pelaburan).
- Jika pasaran jatuh, Dana Sokongan dapat menampung kerugian, posisi dagangan kekal terbuka.
- Jika pasaran pulih semula, pelabur dapat mengelakkan kerugian (sekiranya posisi ditutup) dan mungkin meraih keuntungan.
Dana Sokongan berfungsi sebagai buffer (penampan), dengan memberi pelabur lebih banyak pilihan dan masa untuk kembali pulih semasa volatiti dalam pasaran.