Dalam Ruang Pedagang di perkhidmatan Copytrading, trader boleh melihat akaun dagangan yang dihubungkan dengan Copytrading dan metrik prestasi utama. Trader boleh memantau maklumat terperinci berkenaan komisen dan aktiviti pelabur untuk menguruskan akaun copytrading mereka dengan lebih berkesan. Teruskan membaca untuk mengetahui butiran lengkap yang anda boleh pantau untuk membina hubungan yang lebih bermanfaat bersama pelabur.
Ringkasan Statistik di Ruang Pedagang
Trader boleh menghubungkan sehingga lima akaun dagangan ke perkhidmatan Copytrading kami. Dalam Ruang Pedagang semua akaun dagangan yang dihubungkan akan dipaparkan sekali dengan metrik prestasi utama.
Setiap akaun dagangan akan memaparkan maklumat berikut:
- Foto, Nama samaran, Kepakaran, Nombor Akaun MT4 — maklumat asas pengenalan diri.
- Perolehan (%) — perubahan peratus keseluruhan dalam ekuiti akaun berdasarkan untung dan rugi.
- Keuntungan — jumlah keuntungan yang diperolehi pada akaun dagangan dalam USD.
- Keuntungan Terapung — keuntungan atau kerugian semasa yang belum direalisasikan, termasuk posisi terbuka.
- Pelabur — Jumlah pelabur semasa yang sedang menyalin akaun dagangan tersebut.
- Komisen — Peratus komisen yang disetkan oleh trader untuk pelabur.
- Skor Risiko — skor yang dikira bagi mencerminkan tahap risiko dagangan sesuatu akaun.
Statistik Terperinci Akaun
Dengan memilih akaun dagangan tertentu, trader akan dihala ke halaman Statistik Akaun. Halaman ini memaparkan data prestasi yang lebih terperinci, termasuk:
1. Butiran Ringkas
Butiran ringkas yang sama seperti maklumat ringkas di Ruang Pedagang, yang akan memaparkan:
- Foto, Nama samaran, Kepakaran, Nombor Akaun MT4.
- Perolehan (%).
- Keuntungan (USD).
- Keuntungan Terapung.
- Jumlah Pelabur
- Peratus Komisen
- Skor Risiko.
2. Butiran Komisen
Maklumat mengenai jumlah komisen yang diterima daripada pelabur yang menyalin akaun dagangan tersebut.
3. Trading Summary Ringkasan Dagangan
Nisbah prestasi utama dagangan:
- Faktor Keuntungan — jumlah keuntungan dibahagikan dengan jumlah kerugian.
- Nisbah Keuntungan/Kerugian — Perbandingan antara jumlah keuntungan dan kerugian.
- Nisbah Beli/Jual — peratus dagangan beli vs. dagangan dagangan jual.
4. Butiran Akaun
Maklumat kewangan tambahan:
- Ekuiti.
- Baki.
- Kredit.
- Purata Harian untung/rugi.
- Purata Bulanan untung/rugi.
- Leveraj yang digunakan pada akaun.
5. Carta Keuntungan
Graf visual yang menunjukkan keuntungan terkumpul sepanjang masa.
6. Sejarah
Senarai terperinci yang mengandungi:
- Dagangan yang dibuka dan ditutup.
- Pelarasan baki (seperti transaksi deposit, pengeluaran dan komisen)
Kesimpulan
Ruang Pedagang menyediakan segala maklumat yang diperlukan dengan ketelusan penuh mengenai prestasi copytrading seseorang trader. Trader boleh memantau hasil dagangan, interaksi pelabur, dan pendapatan komisen dengan mudah. Maklumat tersebut juga dapat membantu mereka mengoptimumkan strategi dagangan dalam copytrading.