Skor Risiko adalah metrik utama yang membantu pelabur menilai tahap risiko pada strategi Trader pada sistem Copytrading di JustMarkets. Skor ini memainkan peranan penting terhadap keupayaan membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak berdasarkan data. Ini kerana ia membolehkan pelabur menilai lebih daripada aspek kebolehuntungan sahaja.
Skor ini membolehkan pengguna menapis (filter) dan memilih trader berdasarkan toleransi risiko, sama ada mereka mencari kestabilan, pertumbuhan seimbang atau pulangan tinggi melalui dagangan agresif. Skor Risko boleh dilihat oleh semua pengguna di Leaderboard dan dikemas kini setiap hari untuk menggambarkan trend terkini dalam dagangan.
Bagaimana Skor Risiko Dikira?
- Skor Risiko akan dikira secara automatik oleh sistem berdasarkan corak dagangan trader, keuntungan dan strategi keseluruhan.
- Skor ini dikemas kini sekali setiap hari pada pukul 03:00 (GMT+3).
- Data prestasi Copytrading akan dikemas kini setiap 10 minit, namun penarafan risiko dikemas kini mengikut jadual harian.
- Julat skor adalah daripada 1 hingga 10, di mana lebih tinggi nilai mewakili risiko dangangan yang lebih besar.
Tahap Skor Risiko dan Apa Maksudnya
Risiko Rendah (1–3) - Hijau
- Trader mengikuti strategi yang stabil dan untuk jangka masa panjang.
- Trader mengelak daripada berdagang ketika volatiliti tinggi, seperti ketika berita utama dikeluarkan.
- Volume dagangan dikekalkan pada tahap rendah berbanding baki akaun.
- untuk pelabur yang inginkan kestabilan dan drawdown yang minimum.
Risiko Sederhana (4–7) – Kuning
- Mewakili strategi yang seimbang dengan risiko dan drawdown sederhana.
- Trader biasanya menggunakan volume dagangan purata.
- Penggunaan dana deposit secara sederhana dibenarknan.
- Sesuai untuk pelabur yang inginkan pertumbuhan dagangan dengan risiko terkawal.
Risiko Tinggi (8 –10) – Merah
- Menggambarkan pendekatan agresif dalam dagangan.
- Termasuk jumlah deposit yang besar dan aktif berdagang sewaktu volatiliti tinggi.
- Biasanya tidak begitu terikat dengan strategi dagangan yang ketat.
- Pilihan terbaik untuk pelabur yang selesa dengan volatiliti lebih tinggi dan risiko drawdown dalam mencari keuntungan lebih tinggi.
Kesimpulan
Skor Risiko merupakan alat yang penting yang dapat membantu pelabur mengimbangi potensi keuntungan dengan toleransi risiko yang boleh diterima. Ketika memilih Trader yang untuk diikuti, kami sangat sarankan anda untuk mempertimbangkan kedua-dua aspek-—kebolehuntungan dan skor risiko—supaya selari dengan objektif pelaburan anda.
Panduan Ringkas:
- Pilih Trader yang memiliki Risiko Rendah untuk pelaburan stabil dan konservatif.
- Pilih Trader yang memiliki Risiko Sederhana untuk pendekatan pertumbuhan yang seimbang.
- Ikuti Trader yang memiliki Risiko Tinggi jika anda bersedia untuk strategi agresif dengan potensi keuntungan dan risiko lebih tinggi.