Sebelum menyalin sesebuah strategi dalam Copytrading, penting untuk pelabur menyemak dahulu profil Trader tersebut. Profil ini mengandungi maklumat penting untuk menilai latar belakang Trader, strategi, prestasi dan tahap risiko — kesemua elemen ini amat penting untuk membuat keputusan yang lebih tepat.
Maklumat Asas
- Nama trader, Gambar Profil dan Bendera Negara: Elemen ini membantu dalam mengenal pasti Trader dengan cepat secara visual.
- Strategi: Ini adalah ringkasan yang disediakan oleh Trader, dan ia menerangkan falsafah pelaburan, objektif dagangan serta pendekatan keseluruhan yang digunakan dalam strategi Trader tersebut.
- Ranking Kepakaran Trader: Menunjukkan pengalaman Trader di platform berdasarkan volume dagangan, jumlah pelaburan dan masa di platform. Tahap-tahap ini adalah:
- Newcomer
- Experienced
- Advanced
- Professional
- Expert
- Skor Risiko: Menunjukkan tahap risiko untuk strategi Trader tersebut, bermula daripada 1 hingga 10. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk artikel: Skor Risiko.
- Kadar Komisen: Peratus keuntungan yang dijana oleh Trader daripada pelaburan anda.
- Dengan Kami: Menunjukkan berapa lama Trader telah menggunakan platform JustMarkets Copytrading.
Bagaimana untuk Mulakan Copytrading
- Butang Mula Salin: Terletak di bawah gambar profil dan nama Trader. Klik butang ini memulakan copytrading.
- Anda akan diminta untuk:
- Pilih jenis Mod Copy (Equal, Double, Triple, atau Custom).
- Tetapkan amaun pelaburan.
- Pelaburan minimum: Dipaparkan di bawah butang Mula Salin. Ini adalah pelaburan minimum yang diperlukan untuk menyalin strategi tersebut.
Prestasi
- Perolehan: Menunjukkan jumalh peratusan keuntungan atau kerugian untuk tempoh masa yang dipilih.
- Pelabur:
- Nombor besar: Jumlah keseluruhan pelabur semasa yang menyalin Trader ini.
- Nombor kecil: Bilangan pelabur baharu atau pelabur yang berhenti menyalin dalam tempoh yang dipilih.
- Untung dan Rugi: Memaparkan keuntungan atau kerugian terkumpul dalam USD.
- Carta Keuntungan: Graf visual yang membantu anda memantau prestasi Trader sepanjang masa.
Maklumat Akaun
- Keuntungan Terapung: Keuntungan semasa yang belum direalisasikan daripada dagangan terbuka.
- Baki: Dana Trader tidak termasuk hasil dagangan untuk posisi dagangan terbuka.
- Kredit: Sebarang dana bonus atau promosi yang digunakan pada akaun.
- Leveraj: Leveraj dagangan yang ditetapkan pada akaun Trader.
Sejarah
- Order ditutup: Senarai lengkap semua dagangan yang dilaksanakan dan dilengkapkan.
- Order terbuka: Paparan masa nyata untuk dagangan Trader yang sedang aktif.
- Transaksi Baki: Rekod deposit dan pengeluaran yang dilakukan pada akaun Trader.