Artikel ini akan menerangkan tentang proses pengeluaran dana yang selamat dan berperingkat daripada akaun dagangan anda ke Kad Bank.
Ringkasan Proses Pengeluaran
Untuk memastikan aspek keselamatan dan penghantaran dana yang tepat pada masanya, pengeluaran ke Kad Bank melibatkan beberapa proses berperingkat. Keselamatan anda adalah keutamaan kami, dan kami komited untuk mengamalkan aspek ketelusan dalam pengendalian dana anda.
- Hampir semua pengeluaran diproses secara automatik dan serta-merta.
- Permintaan yang telah disahkan akan dihantar ke sistem pembayaran dan bank anda untuk langkah pemprosesan akhir.
- Bergantung pada bagaimana sistem pembayaran memproses transaksi kad, dana boleh dihantar melalui pelbagai kaedah (pembayaran terus atau bayaran balik).
Nota: Untuk maklumat lanjut berkenaan purata tempoh pemprosesan, sila rujuk: Tempoh Purata Pemprosesan Pengeluaran di JustMarkets
Pengeluaran Melalui Kad Bank
Apabila anda membuat permintaan pengeluaran, sistem kami menggunakan proses yang direka untuk membantu anda menerima dana secepat mungkin.
Proses Pengeluaran Kad
- Selepas permintaan pengeluaran anda dihantar dan diluluskan, secara default, ia akan diproses melalui cara yang paling pantas.
- Dalam kebanyakan kes, pengeluaran melalui Kad Bank dihantar sebagai Pembayaran (Payout). Hanya sebahagian kecil sahaja mungkin dihantar sebagai Bayaran Balik (Refund) sekiranya terdapat sekatan daripada pihak bank.
- Pembayaran merupakan kaedah standard untuk mengembalikan keuntungan atau dana ke kad bank anda. Transaksi ini dipaparkan sebagai kredit baharu pada penyata kad anda. Ini bermaksud, pembayaran baharu daripada kami kepada anda.
- Bayaran balik ialah prosedur standard untuk memulangkan semula amaun sama nilai dengan deposit awal anda yang dibuat menggunakan kad bank. Transaksi ini lazimnya akan dipaparkan pada penyata kad anda sebagai reversal (pembalikan transaksi) untuk deposit asal anda, atau sebagai pemulangan kredit.
- Sila ambil maklum bahawa dalam sesetengah kes, pengeluaran anda melalui Kad Bank mungkin dipecahkan kepada beberapa transaksi.
Jangka Masa Bayaran Balik
- Bayaran balik adalah tertakluk kepada laluan pemprosesan dalaman sistem pembayaran.
- Tempoh masa yang diperlukan untuk amaun yang dibayar balik dipaparkan pada baki kad anda adalah sehingga 7 hari bekerja.
Nota: Sila ambil maklum bahawa hari minggu dan cuti umum tidak dikira sebagai hari bekerja oleh bank dan ini mungkin memanjangkan tempoh pemprosesan.
Status: Selesai Sebahagian
- Jika pengeluaran anda melalui kad bank dibahagikan dan terdapat transaksi yang dibatalkan, status permintaan pengeluaran anda akan ditandakan sebagai “Selesai Sebahagian”.
- Status pengeluaran akan dikemas kini secara automatik apabila semua bahagian amaun berjaya diproses.
Nota: Untuk maklumat lanjut mengenai status pengeluaran, sila rujuk: Cara Mengetahui Status Pengeluaran Saya di JustMarkets
Bayaran Balik untuk Deposit Pihak Ketiga
Berdasarkan Perjanjian Pelanggan kami, penggunaan butiran pembayaran yang bukan milik anda (seperti kad bank yang didaftarkan di bawah nama individu lain) dianggap sebagai deposit pihak ketiga dan tidak dibenarkan.
- Jika deposit dibuat menggunakan butiran pihak ketiga, dana akan dikembalikan ke butiran pembayaran asal, menggunakan proses bayaran balik yang standard.
- Tindakan ini akan memastikan pematuhan terhadap undang-undang kewangan dan menjamin keselamatan akaun anda.
Kesimpulan
Kombinasi kaedah pembayaran terpantas yang tersedia dan kaedah bayaran balik standard memastikan dana anda sampai dengan selamat dan mematuhi Polisi AML kami. Kami terus komited untuk menyediakan proses pengeluaran yang selamat dan boleh dipercayai.