Kad tidak aktif/tamat tempoh
Jika kad bank yang anda gunakan sebelum ini tidak lagi aktif (cth., luput, hilang atau dinyahaktifkan), dan anda ingin menggunakan kad baharu untuk tujuan pengeluaran, anda perlu memberi pengesahan berkenaan ketidakaktifan kad lama anda.
Anda boleh lakukan seperti berikut untuk membuktikan ketidakaktifan kad tersebut:
- Surat atau penyata rasmi daripada bank anda yang mengesahkan kad tersebut tidak lagi aktif;
- Pengesahan bertulis daripada bank yang menyatakan pihak bank tidak dapat memberikan bukti terhadap ketidakaktifan kad tersebut;
- Tangkap layar daripada perbankan online anda yang memaparkan nama penuh anda, 4 digit terakhir kad yang tidak aktif itu, serta URL laman web tersebut, dengan jelas menunjukkan kad tersebut tidak lagi sah.
Sebaik sahaja kami telah menerima pengesahan yang bersesuaian, anda boleh meneruskan pengeluaran ke kad baru anda.
Akaun edompet/pembayaran tidak aktif
Jika akaun pembayaran yang digunakan untuk pembayaran adalah tidak aktif atau disekat, anda perlu berikan pengesahan. Ia boleh menjadi tangkap layar dengan status akaun dan URL yang kelihatan, ia juga boleh menjadi tangkapan layar e-mel rasmi daripada pihak pembayaran.
Sila hantar pengesahan tersebut ke finance@justmarkets.com untuk membuang kad/akaun pembayaran anda daripada Personal Area. Anda akan menerima jawapan dalam masa 1 hari bekerja.