JustMarkets menawarkan pelbagai pilihan pembayaran untuk pelanggan kami, dan pengeluaran menjadi proses penting dalam trading anda. Artikel ini akan membantu anda memahami proses pengeluarandengan lebih mendalam dan juga cara menyelesaikan sebarang masalah.
Sebelum membuat pengeluaran, anda perlu fahami mengapa sebab-sebab mengapa pengeluaran boleh dibatalkan. Alasan pembatalan ini boleh didapati di bahagian Sejarah Transaksi.
Klik “Butiran” untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai permintaan pengeluaran anda.
Berikut adalah beberapa senario biasa yang menyebabkan pengeluaran dibatalkan.
| Alasan penolakan | Tindakan pengguna diperlukan |
|---|---|
|
Sila sahkan akaun anda terlebih dahulu sebelum melengkapkan proses pengeluaran menggunakan kaedah Pembayaran ini. Pada masa ini anda boleh buat pengeluaran melalui “Kaedah Pembayaran” |
Ini bermaksud anda masih belum lengkapkan proses pengesahan dan pilihan pengeluaran anda terhad. Untuk unlock pilihan pembayaran yang telah dipilih, anda perlu sahkan ID dan Kediaman anda. Baca artikel kami: “Bagaimana Cara untuk Disahkan di JustMarkets?” untuk ketahui lebih lanjut tentang cara membuat pengesahan. |
|
Anda tidak dibenarkan untuk membuat pengeluaran melalui kaedah Pembayaran ini disebabkan oleh kaedah pembiayaan yang digunakan Sila buat pengeluaran melalui “Kaedah Pembayaran” |
Berdasarkan Polisi AML, anda tidak dibenarkan mengeluarkan dana melalui kaedah pembayaran yang dipilih. Anda perlu menggunakan kaedah pembayaran yang disarankan dalam mesej untuk mengeluarkan dana anda. Kaedah pembayaran yang dipaparkan kepada anda adalah berdasarkan kaedah pembayaran yang anda telah gunakan untuk deposit. Dengan menggunakan kaedah pembayaran ini, anda akan mematuhi Polisi AML. |
|
Anda tidak dibenarkan untuk membuat pengeluaran melalui kaedah pembayaran ini disebabkan kaedah pembiayaan yang anda gunakan. Anda boleh buat pengeluaran dengan menggunakan kaedah pembayaran lain yang telah digunakan untuk membuat deposit. |
Berdasarkan Polisi AML, anda tidak dibenarkan untuk mengeluarkan dana melalui kaedah pembayaran yang dipilih. Anda perlu pilih kaedah pembayaran yang anda telah gunakan untuk membuat deposit. Kaedah pembayaran tersebut akan ditandakan sebagai disarankan pada halaman pengeluaran. |
| Akaun pembayaran ini tidak pernah digunakan untuk membuat deposit. Sila gunakan butiran pembayaran yang anda gunakan untuk deposit atau hubungi pihak Sokongan bersama bukti pemilikan akaun. |
Anda telah cuba menggunakan kaedah pembayaran yang tidak pernah digunakan sebelum ini. Untuk kaedah pembayaran tertentu, anda perlu menyediakan bukti pemilikan akaun sekurang-kurangnya sekali. Untuk mengesahkan bahawa anda adalah pemilik akaun bank/e-wallet, sila sertakan dokumen berikut kepada kami.
Sila hantar dokumen pembuktian ke |
| Sila gunakan “Kaedah pembayaran” seperti anda buat deposit untuk mengeluarkan “Amaun pengeluaran”. |
Berdasarkan Polisi AML, anda perlu keluarkan amaun yang telah didepositkan melalui kaedah yang sama. Anda perlu tukar amaun pengeluaran supaya sama dengan yang amaun deposit yang dimasukkan sebelum ini. |
| Sila buat pengeluaran dalam mata wang USD untuk melengkapkan permintaan pengeluaran anda. |
Pengeluaran untuk keuntungan melalui kaedah pembayaran ini hanya tersedia dalam mata wang USD. Anda perlu memilih mata wang USD atau menggunakan kaedah pembayaran alternatif yang tersedia dalam USD. |
| Ralat berlaku. Sila hubungi pihak sokongan. |
Ralat telah berlaku. Anda perlu menghubungi pihak Sokongan Pelanggan dan maklumkan mengenai masalah pengeluaran. Sila ikuti arahan yang diberikan oleh agen Sokongan Pelanggan. |
Terdapat empat status pengeluaran yang mungkin:
-
Belum selesai: Status ini menunjukkan permintaan pengeluaran anda telah diterima, dan telah dimasukkan ke senarai menunggu.
-
Pengesahan: Pengeluaran anda sedang disemak selaras dengan polisi AML kami.
-
Sedang diproses: melibatkan 2 langkah
-
Pengeluaran anda sedang disemak oleh Bahagian Kewangan kami
-
JustMarkets telah berjaya memproses permintaan pengeluaran tersebut, dan dana telah dihantar ke sistem pembayaran untuk tindakan selanjutnya.
-
-
Dihantar ke Sistem Pembayaran: Status ini menunjukkan bahawa pengeluaran anda telah berjaya diproses oleh JustMarkets, dan dana telah dipindahkan ke sistem pembayaran yang dipilih. Sila ambil perhatian bahawa tempoh pemprosesan pengeluaran pada peringkat bergantung kepada kaedah pembayaran yang dipilih.
-
Sebahagian Selesai: Status ini bermaksud sebahagian daripada permintaan pengeluaran telah diproses – ia telah dibahagikan kepada beberapa transaksi, dan hanya sebahagian daripada pengeluaran telah diselesaikan.
-
Selesai: Pengeluaran telah diproses oleh sistem pembayaran.
-
Dibatalkan / Ditolak: Pengeluaran tidak berjaya. Anda boleh klik pada “Butiran” untuk melihat saranan kami dan memahami punca pembatalan.
Nota: Sebaik sahaja pengeluaran anda selesai, kami akan memaklumkan anda melalui e-mel. Oleh itu, anda tidak perlu sentiasa menyegarkan semula halaman Sejarah Transaksi untuk menyemak kemas kini.
Bagaimana cara untuk mengendalikan pengeluaran yang lambat:
- Semak Rangka Masa: Pastikan rangka masa pengeluaran sudah berlalu. Permohonan pengeluaran klien kami diproses dalam tempoh masa yang pendek, 24/7 oleh Jabatan Kewangan. Masa pemprosesan maksimum adalah sehingga dua hari bekerja.
-
Hantarkan Penyata Akaun: Sekiranya pengeluaran anda mengalami kelewatan dan dana masih belum dikreditkan ke dalam akaun pembayaran selepas tempoh yang sepatutnya, anda boleh menghantar permintaan melalui Hab Sokongan:
- Sila pergi ke Sejarah Transaksi.
- Klik ‘Butiran’ di sebelah permintaan pengeluaran.
- Klik butang ‘Dapatkan Sokongan’.
- Pilih jenis isu yang anda hadapi.
- Muat naik dokumen sokongan seperti penyata akaun pembayaran anda.
Penyata tersebut perlu mengandungi nama penuh anda, nombor akaun atau bank, dan senarai transaksi dari tarikh pembayaran dilengkapkan hingga tarikh semasa. Sekiranya anda menghantar screenshot daripada perbankan online anda, URL halaman mesti dipaparkan dengan jelas. Sila ambil perhatian bahawa screenshot dari Ruang Peribadi tidak boleh dijadikan sebagai bukti kelewatan pengeluaran.
Nota: Sila elakkan daripada menghantar permohonan berulang; kumpulan kami menangani isu dengan aktif.