Di JustMarkets, kami mengutamakan ketelusan dan keselamatan dalam semua transaksi kewangan untuk memastikan keselamatan dana klien-klien kami. Sebagai sebahagian daripada pematuhan kawal selia dan perlindungan klien, kami tidak boleh menerima deposit yang dibuat oleh pihak ketiga, seperti yang telah digariskan dalam bahagian 5.2.12 Perjanjian Klien kami.
Klausa Dokumen Perundangan: Mengikut klausa 5.2.12 Perjanjian Klien, Syarikat hanya menerima pembayaran daripada kad bank, akaun bank atau sebarang akaun lain yang dibuka dengan nama Klien. Deposit yang dihantar oleh pihak ketiga tidak dibenarkan.
Dasar ini memastikan semua deposit dibuat oleh pemegang akaun, mencegah kemungkinan isu-isu berkenaan penipuan, pengubahan wang haram, atau transaksi yang tidak dibenarkan.
Sekiranya deposit diterima daripada pihak ketiga, seperti ahli keluarga atau rakan-rakan, ia akaun dipulangkan semula secara automatik ke sumber asal. Untuk memulakan proses pemulangan semula, ikut langkah-langkah ini:
- Hantar e-mel ke finance@justmarkets.com dan berikan butiran deposit pihak ketiga, termasuk amaun, ID transaksi dan nama pemilik akaun.
- Pasukan yang bertanggungjawab akan mengesahkan butiran transaksi dan mengesahkan yang ia sememangnya dibuat oleh pihak ketiga.
- Setelah disahkan, amaun deposit akan dipulangkan semula ke sumber asal pembayaran dalam masa 1-3 hari bekerja.
Nota: Pemulangan semula deposit pihak ketiga diproses selaras dengan Perjanjian Klien kami dan boleh tertakluk kepada prosedur pengesahan tambahan atas tujuan keselamatan.
Dengan mematuhi garis panduan ini, kami berhasrat untuk mengekalkan integriti platform kami dan menegakkan standard tertinggi keselamatan kewangan untuk klien-klien kami. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan lanjutan mengenai deposit pihak ketiga, sila jangan teragak-agak untuk menghubungi kumpulan sokongan kami bagi mendapatkan bantuan.