| Deposit minimum | 10 USD/per transaksi |
|---|---|
| Deposit maksimum | 20 000 USD/per transaksi |
| Pengeluaran minimum | 10 USD/per transaksi |
| Pengeluaran maksimum | 11 400 USD/per transaksi |
| Yuran pemprosesan deposit | 0% |
| Yuran pemprosesan pengeluaran | 0% |
| Masa pemprosesan deposit | Segera - 10 minit |
| Masa pemprosesan pengeluaran | Segera - 3 jam |
- Log masuk ke Ruang Peribadi anda (RP).
- Pergi ke tab Pembiayaan → Deposit.
- Cari dan pilih “Bank Tempatan di Malaysia” daripada senarai kaedah deposit.
- Pilih akaun trading yang anda ingin tambah dana.
- Pilih nama bank yang anda ingin gunakan.
- Masukkan amaun yang diingini dan klik butang “Deposit” untuk teruskan. Anda akan dibawa ke laman web kaedah pembayaran tersebut.
- Log masuk menggunakan butiran bank anda untuk mengakses portal perbankan anda.
- Sahkan transaksi menggunakan kod pengesahan dari aplikasi bank anda atau SMS.
- Tunggu sebentar sehingga anda dibawa semula ke Ruang Peribadi atau klik “Redirect now” untuk teruskan.
- Proses deposit kini selesai, dan dana anda akan dipaparkan pada akaun trading yang dipilih.
Nota: kami menyokong beberapa bank paling popular di Malaysia seperti Maybank, CIMB, Hong Leong Bank, DuitNow dan lain-lain.
- Log masuk ke Ruang Peribadi (RP).
- Pergi ke menu bahagian kiri untuk buka tab Pembiayaan → Pengeluaran.
- Cari dan pilih “Bank Tempatan di Malaysia” daripada senarai kaedah pengeluaran.
- Pilih akaun trading yang anda ingin keluarkan dana daripadanya.
- Pilih bank anda dalam ruangan “Nama bank” dan masukkan maklumat yang relevan dalam ruangan seterusnya.
- Masukkan amaun yang ingin dikeluarkan.
- Klik butang “Kod PIN” untuk mendapatkan kod pengesahan yang akan dihantar ke e-mel anda atau SMS. Masukkan kod dalam ruangan “Kod PIN”.
- Klik butang “Pengeluaran” untuk melengkapkan proses pengeluaran. Permintaan pengeluaran anda akan diproses dalam tempoh masa yang dipaparkan.
Untuk bantuan lanjut, anda mungkin mendapati yang artikel berikut berguna: