Sama seperti kebanyakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan dalam pasaran kewangan, JustMarkets diwajibkan untuk mematuhi prinsip Anti Pengubahan Wang Haram (“AML”).
Untuk tujuan tersebut, pihak Syarikat telah memakai polisi yang ketat terhadap pengesanan, pencegahan, dan memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat aktiviti yang mencurigakan.
Untuk memastikan pihak JustMarkets berurusan dengan individu atau entiti yang sah, kami memastikan semua langkah yang diperlukan mengikut undang-undang dan peraturan berkenaan melalui perkara berikut:
- Know Your Customer (“KYC”) dan Due Diligence: Setiap pelanggan JustMarkets perlu melengkapkan prosedur pengesahan.
NOTA: Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai cara membuat pengesahan dalam artikel kami: “Bagaimana Cara untuk Disahkan di JustMarkets?”
- Memantau aktiviti pelanggan: JustMarkets memantau aktiviti setiap pelanggan untuk mengenal pasti dan menghalang sebarang transaksi atau aktiviti yang mencurigakan.
- Dokumentasi Rekod: JustMarkets menyimpan rekod dokumen untuk semua tujuan berkenaan identifikasi pelanggan dan data bagi setiap transaksi seperti mana mengikut undang-undang/pengawalseliaan AML.
Keperluan Deposit dan Pengeluaran
Semua operasi deposit dan pengeluaran dana pelangan adalah mengikut terma-terma berikut:
- Pembayaran melalui pindahan bank atau kad bank hanya tersedia untuk akaun bank atau kad bank yang didaftarkan di bawah nama anda. Anda hanya boleh membuat pengeluaran ke bank atau akaun yang anda gunakan untuk membuat deposit.
NOTA: Deposit atau pengeluaran menggunakan pihak ketiga TIDAK dibenarkan.
- Jika anda menggunakan sistem pembayaran elektronik, anda boleh membuat pengeluaran hanya pada sistem dan akaun yang digunakan untuk deposit.
- Sekiranya kaedah pembayaran yang digunakan untuk membuat deposit tidak tersedia, dana tersebut boleh dikeluarkan melalui kaedah pembayaran alternatif, iaitu dengan menggunakan akaun bank atau kaedah pembayaran yang didaftarkan atas nama pelanggan. Pelanggan mungkin perlu membuktikan pemilikan akaun atau bukti pembayaran.
- Jika anda telah menggunakan pelbagai pilihan pembayaran sebelum ini, anda perlu buat pengeluaran untuk amaun yang dideposit dengan menggunakan kaedah pembayaran yang sama.
CONTOH:
- Deposit pertama berjumlah USD 112 dibuat menggunakan STICPAY
- Deposit kedua berjumlah USD 28 dibuat menggunakan Visa/Mastercard
- Keuntungan diperolehi USD 30
Jadi, berdasarkan Polisi AML:
- Pertama sekali, anda perlu keluarkan USD 28 melalui Visa/Mastercard
- Kedua, keluarkan USD 112 melalui STICPAY
- Selepas dua pengeluaran ini dibuat, anda boleh keluarkan keuntungan anda melalui kaedah pembayaran pilihan anda.