Akaun perdagangan adalah alat penting dalam pasaran kewangan. Ia bertindak sebagai satu get laluan untuk individu dan organisasi menyertai pembelian dan penjualan pelbagai aset kewangan dalam platform perdagangan. Dalam artikel ini, kami telah menyediakan panduan tentang jenis-jenis akaun dan alat-alat yang kami tawarkan di JustMarkets.
- Standard: menawarkan set alat yang asas, spread yang kecil bermula da 0.3 pip dan tiada komisen. Henti Rugi dan Ambil Untung boleh ditetapkan apabila membuka pesanan atau selepas membuka pesanan. Ia digunakan untuk berdagang pada carta harian dan perdagangan intrahari yang tidak agresif.
- Pro: disesuaikan untuk ahli pasaran kewangan yang berpengalaman dan profesional. Ia menawarkan spread yang kecil daripada 0.1 pip, leveraj yang tinggi, kurang komisen dan tiada had untuk bilangan pesanan dan volum. Kelebihan utamanya adalah pelbagai jenis instrumen perdagangan: lebih daripada 60 pasangan mata wang, indeks, logam dan komoditi.
- Raw Spread: jenis akaun yang popular di kalangan pedagang yang sukakan perdagangan intrahari, input dan output yang kerap berserta kombinasi bekerja pada rangka masa yang pendek. Ia dianggap sebagai akaun terbaik untuk scapler. Walaupun komisen perdagangan sebanyak $3 dikenakan bagi setiap lot/bahagian, Spread terapung adalah daripada 0.0 pip, sangat rendah berbanding akaun-akaun lain.
-
Standard Cent: ia direka untuk pedagang baharu. Jika anda sudah meninggalkan perdagangan demo, tetapi masih belum bersedia untuk membuat deposit yang banyak, akaun Standard Cent adalah pilihan sempurna untuk anda. Baki dalam akaun perdagangan ini dikira dalam unit sen.
Dengan JustMarkets, anda boleh membuka kedua-dua akaun perdagangan MT4 (Cent hana boleh dibuka untuk MT4) dan MT5.
MetaTrader 4
Jenis platform ini sesuai untuk pedagang baharu kerana ia mudah, bersifat logik dan intuitif. Dikenali kerana antara mukanya yang mesra pengguna, MT4 menyediakan semua alat penting untuk perdagangan yang selesa dan praktikal. Ia menawarkan set ciri-ciri yang menyeluruh, termasuk pelbagai alat analisis teknikal dan kebolehan pencartaan yang canggih.
Ia merangkumi:
- 9 Rangka masa.
- 31 Objek Grafik.
- 30 Indikator Teknikal.
- Penguji strategi Single-thread.
- Pesanan henti beli/jual, pesanan had beli/jual.
MetaTrader 5
Jenis platform ini mewakili penambahbaikan terkini dalam teknologi platform perdagangan. MT5 menyertakan alat terkini dan berkuasa untuk pedagang mahir dan pedagang baharu yang mencari fungsi lebih meluas. Ia juga memberikan akses kepada pelbagai jenis pasaran, termasuk saham dan komoditi.
Ia merangkumi:
- 21 Rangka masa.
- 44 Objek Grafik.
- 38 Indikator Teknikal.
- Penguji strategi Multi-thread.
- Pesanan henti beli/jual, pesanan had beli/jual, pesanan had henti beli/jual.
- Kalendar Ekonomi.
- Sembang Komuniti.
Akaun sebenar: akaun jenis ini dicipta untuk urus niaga perdagangan sebenar dengan wang sebenar.
Akaun demo: akaun jenis ini disesuaikan untuk tujuan pendidikan. Ia kelihatan dan berfungsi sepenuhnya seperti akaun sebenar. Tetapi, anda beroperasi menggunakan wang maya dan tidak mempunyai risiko.
Untuk log masuk ke platform MetaTrader, anda perlu menggunakan nombor akaun perdagangan anda sebagai log masuk, nama pelayan yang betul dan kata laluan akaun perdagangan (anda masukkan secara manual apabila mencipta akaun perdagangan baharu).
Ikut langkah-langkah mudah berikut untuk log masuk ke akaun perdagangan anda di web:
- Log masuk ke Ruang Peribadi.
- Buka halaman "Akaun Saya".
- Di sebelah akaun perdagangan, klik “Perdagangan."
- Anda akan dibawa ke halaman WebTrader.
- Masukkan log masuk (nombor akaun perdagangan), kata laluan dan pilih pelayan yang betul.
Untuk log masuk ke versi komputer atau aplikasi mudah alih MetaTrader, ikut arahan ini.
Semua butiran akaun berada di Ruang Peribadi anda dan boleh disemak pada bila-bila masa:
- Pergi ke tab "Akaun saya" di Ruang Peribadi anda.
- Klik tiga titik di sebelah kanan skrin, bersebelahan dengan butang "Perdagangan".
- Pilih butiran Akaun.
- Anda akan melihat semua maklumat tentang akaun perdagangan anda seperti nombor akaun, nama pelayan, jenis akaun dan mata wang, leveraj, baki semasa anda, ekuiti dan margin bebas.
Alamat-alamat pelayan perdagangan MT4 kami:
Untuk akaun sebenar
- JustMarkets-Live.
- JustMarkets-Live2.
- JustMarkets-Live3.
- JustMarkets-Live4.
- JustMarkets-Live5.
- JustMarkets-Live6.
Untuk akaun demo
- JustMarkets-Demo
Alamat-alamat pelayan perdagangan MT5 kami:
Untuk akaun sebenar
- JustMarkets-Live
- JustMarkets-Live2
Untuk akaun demo
- JustMarkets-Demo
- JustMarkets-Demo2
Nota: Pelayan tidak memberi kesan pada keadaan perdagangan akaun, tetapi kepelbagaian pelayan membolehkan kami mengurangkan tempoh pendam untuk semua akaun.
Akaun perdagangan Sebenar dan Demo diarkibkan secara automatik selepas tempoh ketidakaktifan yang telah ditetapkan, namun boleh dipulihkan:
- Akaun sebenar: Tiada perdagangan terbuka dan baki sifar (atau kurang), tiada aktiviti perdagangan pada akaun selama 90 hari (MT4) dan 60 hari (MT5).
- Akaun demo: Tiada log masuk ke akaun selama 45 hari (MT4) atau tiada aktiviti perdagangan (termasuk tiada perdagangan terbuka) selama 14 hari (MT5).
Untuk mengeluarkan dari arkib di akaun trading anda, sila ikuti langkah berikut:
- Log masuk ke Ruang Peribadi anda.
- Pergi ke seksyen Akaun Saya dan pilih tab Diarkib.
- Pilih akaun yang anda ingin keluarkan dari arkib dan klik pada butang Jangan Arkib.
- Sahkan tindakan anda dengan mengklik Sahkan.
Nota: Proses ini mungkin mengambil masa beberapa minit, dan akaun anda akan diaktifkan semula dalam masa terdekat.