Membuat pengesahan dengan JustMarkets adalah perlu untuk memastikan yang anda mempunyai pengalaman perdagangan yang diperibadikan dan bebas gangguan. Dengan berbuat demikian, anda akan menikmati tahap tertinggi dalam:
Sekarang, mari kaji lebih lanjut sebab ia penting dan kelebihan-kelebihan yang anda akan terima dengan akaun JustMarkets yang telah disahkan.
1. Keselamatan:
Dengan mengesahkan akaun anda, kami dapat melindungi dana dan maklumat peribadi anda. Ini memastikan hanya anda yang boleh mengakses dan berdagang dengan akaun anda, melindunginya daripada akses yang tidak dibenarkan dan penyalahgunaan.
2. Pengawalseliaan:
Di JustMarkets, kami mematuhi pengawalseliaan kewangan yang ketat untuk memastikan ketelusan dan kepercayaan. Mengesahkan akaun anda membantu kami memenuhi standard-standard ini, memberi anda keyakinan dalam berdagang di platform yang dikawal selia.
3. Perkhidmatan yang Lebih Baik:
Mengesahkan akaun anda membolehkan kami memahami keperluan anda dengan lebih baik. Ini membantu meningkatkan perkhidmatan kami dengan menawarkan sokongan dalam bahasa pilihan anda atau memperkenalkan kaedah pembayaran yang sesuai untuk rantau anda.
Nota: Maklumat klien adalah rahsia dan hanya akan digunakan oleh kami untuk penyediaan perkhidmatan, pentadbiran, dan penambahbaikan serta untuk tujuan penyelidikan, statistik dan pemasaran.
Periksa sumber tambahan dan ketahui maklumat yang lebih berguna tentang proses pengesahan dan cara untuk memulakan perdagangan.
Sumber tambahan dalam Pusat Bantuan kami