Baucar ialah ganjaran yang anda boleh terima dalam Hab Ganjaran JustMarkets apabila anda melengkapkan tugasan atau menyertai aktiviti. Setiap baucar menawarkan manfaat berbeza dan bergantung kepada jenisnya.
Jenis-jenis baucar Hab Ganjaran
Bergantung pada tugasan atau kempen, pengguna mungkin menerima baucar yang berbeza.
| Jenis | Penerangan |
| Baucar Rebat Caj Dagangan | Terima cashback untuk caj dagangan yang dibayar ketika berdagang. Cashback akan dikumpul berdasarkan syarat baucar dan boleh dikeluarkan apabila telah dikreditkan. Untuk butiran lanjut, sila rujuk "Cara menggunakan Baucar Rebat Caj Dagangan.’’ |
Lebih banyak jenis baucar dan kaedah ganjaran akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Cara menggunakan baucar
- Log masuk ke akaun JustMarkets anda dan sila pergi ke Hab Ganjaran → Baucar Saya.
Di bawah Tab sedang aktif, anda boleh lihat:
- baucar yang masih belum diaktifkan;
- baucar yang sedang digunakan;
Pada widget baucar, klik pada ikon info (i) untuk melihat penerangan baucar dan peraturan penggunaan.
Pada widget yang sama, klik pada Butiran untuk menyemak amaun baucar, tarikh luput, dan maklumat lain berkaitan baucar.
Klik pada Aktifkan dan sahkan sebelum mula gunakan baucar
Cashback atau manfaat lain yang akan diberikan berdasarkan syarat baucar.
Cara menyemak baucar sebelum ini
Pergi ke Hab Ganjaran → Baucar Saya → Terdahulu untuk melihat baucar yang telah digunakan, tamat tempoh, atau dibatalkan.
Peraturan dan had penting
- Baucar tidak boleh dipindahmilik – ia hanya boleh digunakan dari akaun yang telah diberikan.
- Syarat baucar mungkin berbeza bergantung pada tugasan atau kempen.
- Ada baucar yang mungkin hanya tersedia di kawasan terpilih atau pengguna tertentu.
- Setiap baucar mempunyai tempoh pengaktifan dan penggunaan. Sila aktifkan dan gunakan baucar anda sebelum tarikh luput. Baucar yang telah luput tidak boleh disimpan semula, dilanjutkan atau ditukar.
Bagaimana Cara Gunakan Baucar Rebat Caj Dagangan
Apa Itu Baucar Rebat Caj Dagangan?
Baucar Rebat Caj Dagangan ialah ganjaran yang memulangkan semula sebahagian daripada spread dan komisen yang telah dibayar ketika berdagang, dalam bentuk cashback. Selagi baucar masih sah, spread dan komisen layak menerima cashback, tetapi tertakluk kepada syarat baucar. Cashback akan dikreditkan ke dalam akaun dagangan yang sama di mana dagangan dibuat, hari berikutnya selepas dagangan dilaksanakan.
Cara dapatkan Baucar Rebat Caj Dagangan
Anda boleh mendapatkan baucar dengan melengkapkan tugasan dan menyertai aktiviti di Hab Ganjaran:
- Pergi Hab Ganjaran → Tugasan Saya untuk lihat tugasan yang tersedia.
- Lengkapkan tindakan yang diperlukan.
- Tuntut ganjaran anda apabila tugasan telah dilengkapkan.
Selepas menuntut ganjaran, baucar akan dipaparkan di Hab Ganjaran → Baucar Saya.
Bagaimana cara mengaktifkan Baucar Rebat Caj Dagangan
- Pergi ke Hab Ganjaran → Baucar Saya.
- Di bawah tab Sedang aktig, cari Baucar Rebat Caj Dagangan yang anda ingin gunakan.
- Pada widget baucar, klik pada ikon info (i) untuk melihat penerangan baucar dan peraturan penggunaan.
- Pada widget yang sama, klik pada Butiran untuk menyemak kadar baucar, tarikh luput pengaktifan, dan maklumat lain berkaitan baucar.
- Klik Aktifkan dan sahkan.
Sebaik sahaja diaktifkan, baucar akan mula menerima cashback tertakluk pada syaratnya.
Bagaimana cashback berfungsi
Sebahagian daripada spread dan komisen yang anda bayar ketika berdagang akan dikembalikan kepada anda dalam bentuk cashback, tertakluk pada syarat baucar.
Contoh
Katakan anda bayar 10 USD untuk spread dan komisen bagi sesebuah dagangan, dan baucar anda mempunyai kadar rebat 50%. Anda akan menerima cashback bernilai 5 USD yang akan dikreditkan ke dalam akaun dagangan anda pada hari yang berikutnya.
Cashback akan terus dinikmati sehingga:
- baki baucar telah digunakan sepenuhnya;
- telah mencapai tarikh luput baucar.
Cashback akan dikreditkan ke dalam akaun dagangan yang sama di mana dagangan yang layak itu dilaksanakan.
Bagaimana cara lihat cashback sebelum ini
Pergi ke Hab Ganjaran → Baucar Saya → Butiran Baucar dan lihat:
status cashback;
- Pending cashback
cashback terkumpul tetapi masih belum dibayar lagi, berdasarkan syarat baucar dan aktiviti dagangan. - Paid cashback
Cashback yang telah dikreditkan ke dalam akaun dagangan dan boleh dikeluarkan atau digunakan untuk dagangan seterusnya.
aktiviti dagangan yang berkaitan;
penggunaan baki baucar.
- Pending cashback
Anda juga boleh melihat operasi cashback di Pembiayaan → Sejarah Transaksi.
Peraturan dan had penting
- Baucar ini hanya sah untuk akaun MT real, tidak termasuk akaun Standard Cent dan Investor Copytrading.
- Aktiviti dagangan sebelum baucar diaktifkan tidak akan diambil kira.
- Paid cashback boleh dikeluarkan atau digunakan untuk dagangan seterusnya.
- Paid cashback tidak boleh melebihi amaun baucar.
- Sebaik sahaja baucar tamat tempoh, sebarang baki yang tidak digunakan akan menjadi tidak sah dan tidak boleh disimpan semula atau dilanjutkan.
- Syarat baucar mungkin berbeza dan bergantung kepada tugasan atau kempen.
- Ciri-ciri dalam Hab Ganjaran mungkin berbeza mengikut kawasan dan kelayakan akaun.