Expert Advisors (EAs) adalah program atau skrip automatik yang membolehkan pedagang melaksanakan perdagangan berdasarkan strategi yang telah diprogramkan dahulu dan analisis pasaran. Dengan EAs, pedagang boleh mengautomasikan aktiviti perdagangan mereka, mengurangkan keperluan campur tangan manual dan memastikan konsistensi dalam melaksanakan strategi-strategi perdagangan. Ini sangat berguna untuk pedagang yang ingin mengikut strategi khusus 24/7 tanpa perlu sentiasa berada di hadapan komputer masing-masing.
Sila ambil maklum yang EA hanya boleh digunakan pada versi komputer MetaTrader (MT4/MT5) dan bukan pada versi mudah alih atau berasaskan web.
Jika anda telah membeli EA daripada MQL5 Market, berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk memasang dan menggunakannya dalam MetaTrader:
Langkah 1: Log Masuk Ke Akaun Perdagangan Anda
Sebelum menggunakan EA, pastikan anda telah log masuk ke akaun perdagangan MetaTrader anda, jika anda belum log masuk lagi, pergi ke menu “File”, pilih “Login to Trade Account,” dan masukkan kelayakan anda.
Langkah 2: Buka Menu “Options”
Setelah anda log masuk, buka menu “Options”. Anda boleh berbuat demikian dengan mengklik Tools > Options dalam bar menu atau tekan sahaja Ctrl+O.
Rujuk artikel kami mengenai Apakah Tab Perdagangan (Trade), Sejarah (History), Jurnal (Journal) dan Navigasi (Navigation) dalam MetaTrader? untuk gambaran lanjut mengenai cara untuk menavigasinya.
Langkah 3: Benarkan Perdagangan Automatik
Untuk membolehkan EA anda berfungsi, anda perlu membenarkan perdagangan automatik dalam MetaTrader. Ikut langkah-langkah berikut:
- Dalam menu Options, klik pada tab Expert Advisors.
- Tandakan kotak Allow automated trading (disenaraikan sebagai Allow algorithmic trading dalam MT5 ).
Ini memastikan platform akan melaksanakan perdagangan berdasarkan arahan EA.
Langkah 4: Log Masuk ke Akaun Komuniti MQL5
Anda mesti log masuk ke akaun komuniti MQL5 untuk mengakses EA anda yang telah dibeli.
- Dalam menu Options, klik tab Community.
- Jika anda tidak mempunyai akaun MQL5, anda boleh mendaftar secara mudah dengan mencipta nama log masuk, memberikan e-mel anda dan mengklik Register.
- Jika anda sudah mempunyai akaun, isi Login dan Password anda, kemudian klik OK untuk log masuk.
Langkah 5: Pasang EA daripada Tab Market
Setelah log masuk:
- Pergi ke tab Market yang berada dalam bahagian Terminal.
- Gunakan fungsi cari untuk mencari EA yang telah anda beli.
- Klik Install untuk menambah EA ke platform MetaTrader anda.
Langkah 6: Pilih Simbol/Pasangan dan Rangka Masa
Untuk mula menggunakan EA anda, pilih simbol/pasangan dan rangka masa yang sesuai untuk strategi perdagangan anda. EA akan menganalisis dan membuat perdagangan berdasarkan parameter ini, jadi pilih mengikut strategi anda.
Langkah 7: Lampirkan EA ke Carta
Untuk mengaktifkan EA:
- Buka bahagian Navigator (CTRL+N) dalam MetaTrader.
- Cari EA anda di bawah tab Expert Advisors.
- Seret dan lepas EA ke carta anda ingin menggunakannya.
Langkah 8: Benarkan Perdagangan Langsung
Selepas melampirkan EA pada carta, kotak dialog akan muncul:
- Pergi ke tab Common.
- Pastikan Allow live trading dibenarkan supaya EA boleh membuat perdagangan bagi pihak anda.
Langkah 9: Laraskan Parameter EA
MetaTrader membolehkan anda menyesuaikan tetapan EA:
- Buka tab Inputs dalam kotak dialog EA.
- Anda boleh mengubah suai pelbagai parameter bergantung pada reka bentuk EA.
- Pilihan seperti tetapan loading atau saving, resetting to default, dan mengkonfigurasi parameter khusus akan tersedia.
- Selepas membuat pelarasan yang diperlukan, klik OK untuk mengesahkan.
Langkah 10: Semak Operasi EA
Untuk mengesahkan EA anda beroperasi dengan betul, cari muka smiley bersebelahan nama EA pada carta. Ini menunjukkan yang EA sedang berjalan dan berfungsi seperti yang dijangka.
Nota: Jika anda telah membeli atau membangunkan EA menggunakan bahasa pengaturcaraan lain seperti Python atau daripada sumber selain daripada MQL5 Market, sila hubungi penyedia EA untuk arahan pemasangan khusus.
Jika anda membuat keputusan untuk berhenti menggunakan EA atau ingin membuangnya terus daripada MetaTrader, ikut langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Buka Carta yang mempunyai EA
Pergi ke carta tempat EA dilampirkan.
Langkah 2: Buang EA daripada Carta
- Klik kanan pada carta.
- Pilih Expert Advisors daripada menu, kemudian klik Remove.
- Pastikan yang EA tidak lagi ada atau mempengaruhi carta.
Langkah 3: Menyahaktifkan EA dalam Tab Navigator
Jika anda ingin membuang terus EA daripada platform anda:
- Pergi ke bahagian Navigator (CTRL+N).
- Cari EA di bawah menu Expert Advisor.
- Klik kanan EA dan pilih Delete.
Langkah 4: Mulakan Semula MetaTrader (jika perlu)
Dalam sesetengah kes, memulakan semula MetaTrader memastikan yang semua tetapan berkaitan EA akan ditetapkan semula dan EA dibuang terus daripada platform.