Punca Lazim Ia Berlaku
- Anda mungkin telah log masuk ke MetaTrader menggunakan kata laluan (read-only) pelabur.
- Instrumen yang anda cuba untuk dagangkan mungkin mempunyai akhiran (suffix) yang salah.
- Instrumen tertentu mungkin telah disetkan dalam mod "close-only" buat sementara dalam platform dagangan.
- Deposit pertama masih belum dibuat menggunakan akaun ini.
Penyelesaian
- Jika anda log masuk menggunakan kata laluan pelabur, sila log keluar dan dan log masuk semula menggunakan kata laluan utama dagangan anda. Jika anda terlupa kata laluan, anda boleh set semula dari Ruangan Peribadi anda.
- Pastikan akaun anda telah menjalani pengesahan penuh - akaun yang tidak disahkan adalah terhad dan boleh disekat selepas 30 hari.
- Semak deposit minimum untuk akaun anda:
- Akaun Standard Cent dan Standard memerlukan deposit sekurang-kurangnya USD 10.
- Akaun Pro dan Raw Spread memerlukan deposit minimum USD 200.
- Anda juga boleh membuka akaun jenis lain dan membuat pindahan dalaman untuk memenuhi syarat deposit minimum.
- Sahkan instrumen tersebut mempunyai akhiran atau suffix yang betul - sebagai contoh, instrumen di akaun PRO berakhir dengan .s (seperti XAUUSD.s)
Jika masalah masih terus berlaku – sila hubungi pihak sokongan JustMarkets.