Operasi yang stabil dan selamat adalah penting untuk memastikan pengalaman perdagangan yang lancar dan berjaya. Untuk mengekalkan integriti platform, penyelenggaraan berkala diperlukan untuk mengelakkan masalah dan mengekalkan operasi perdagangan yang berjalan lancar.
Sebab Kami Menjalankan Penyelenggaraan
Penyelenggaraan pengoptimuman pelayan kami direka untuk memastikan platform MetaTrader beroperasi dengan kecekapan tertinggi. Dengan menjalankan penyelenggaraan berkala, kami boleh menangani bakal masalah dengan proaktif sebelum ia memberi kesan pada pengalaman perdagangan anda. Tambahan lagi, semasa sesi penyelenggaraan ini, kami memperkenalkan instrumen perdagangan baharu dan kemas kini platform, semuanya bertujuan untuk meningkatkan fungsi dan menambah baik pengalaman perdagangan klien-klien kami secara menyeluruh.
Jadual Penyelenggaraan
Kami menjalankan penyelenggaraan pelayan yang kerap untuk mengekalkan keadaan platform yang terbaik. Ini biasanya dijalankan pada hari Sabtu dari jam 10:00 PG hingga 2:00 PTG GMT+3 pada musim panas dan GMT+2 pada musim sejuk.
GMT+3
Sila ambil maklum walaupun ini adalah jadual biasa, waktu penyelenggaraan kadang-kadang boleh berubah untuk memenuhi keperluan-keperluan tertentu. Kami menggalakkan klien-klien untuk menyemak bahagian berita kami untuk sebarang kemas kini tentang waktu penyelenggaraan atau perubahan jadual yang tidak dijangka.
Impak pada Platform
Semasa tempoh penyelenggaraan, anda boleh terus mengakses platform dan berdagang seperti biasa. Namun demikian, mungkin terdapat waktu gendala yang berlangsung beberapa minit. Meskipun gangguan ini jarang berlaku, kami menasihatkan pedagang untuk mempertimbangkan hal ini semasa merancang strategi mereka, terutamanya jika berdagang semasa waktu penyelenggaraan dijadualkan.