Memahami tempat untuk mencari maklumat yang berkaitan dalam platform MetaTrader dan mentafsirkan secara tepat perkara yang dipaparkannya adalah penting untuk perdagangan yang cekap. MetaTrader 4 dan 5 menawarkan beberapa tab yang membantu pedagang menguruskan dan memantau aktiviti-aktiviti perdagangan mereka. Berikut adalah gambaran keseluruhan mengenai setiap tab dan cara menggunakannya dengan cekap.
Tab Perdagangan memberi maklumat terperinci tentang perdagangan terbuka dan belum selesai semasa klien. Ia memaparkan medan-medang berikut:
- Order (Pesanan): Nombor pesanan
- Time (Masa): Masa pesanan dibuat.
- Type (Jenis): Jenis pesanan (beli, jual, henti beli, had beli, henti jual, had jual, had henti beli, had henti jual).
- Size (Saiz): Volum lot.
- Symbol (Simbol): Instrumen perdagangan.
- Price (Harga): Harga buka pesanan.
- S/L: Tahap Henti Rugi (Stop Loss).
- T/P: Tahap Ambil Untung (Take Profit).
- Price (Harga): Harga semasa pada carta.
- Commission (Komisen): Amaun komisen (hanya ditolak pada Raw Spread).
- Taxes (Cukai): Cukai caj (tidak berkenaan dalam kes kita).
- Swap: Amaun swap dikenakan kerana memegang kedudukan semalaman.
- Profit (Keuntungan): Keuntungan/kerugian semasa untuk pesanan tertentu.
- Comment (Komen): Komen yang ditambah apabila membuat pesanan daripada versi PC.
Di bawah semua pesanan aktif, anda boleh melihat maklumat tambahan:
- Balance (Baki): Amaun deposit.
- Equity (Ekuiti): Amaun deposit + kredit (bonus) + keuntungan - kerugian.
- Margin: Amaun margin digunakan untuk semua pesanan terbuka.
- Free Margin (Margin Bebas): Amaun margin yang tersedia untuk membuka pesanan baharu.
- Margin Level (Tahap Margin): Dikira sebagai (Ekuiti ÷ Margin digunakan) x 100.
Untuk MT5, terdapat medan tambahan seperti:
- Value (Nilai): Nilai lot dibuka (1 lot standard = 100 000 USD).
- Change (Perubahan): Perubahan keuntungan/kerugian dalam peratus.
-
Magis (nombor): Pengecam unik untuk setiap perdagangan yang dibuat oleh EA.
Tab History merangkumi maklumat tentang hasil klien – semua pesanan ditutup, deposit/pengeluaran atau sebarang operasi baki. Ia memaparkan medan-medan berikut:
- Order (Pesanan): Nombor pesanan
- Time (Masa): Masa pesanan dibuat.
- Type: Jenis pesanan.
- Size (Saiz): Volum lot.
- Symbol (Simbol): Instrumen perdagangan.
- Price (Harga): Harga buka pesanan.
- S/L: Tahap Henti Rugi (Stop Loss).
- T/P: Tahap Ambil Untung (Take Profit).
- Time (Masa): Masa pesanan ditutup
- Price (Harga): Harga pesanan ditutup.
- Commission (Komisen): Amaun komisen (hanya ditolak pada Raw Spread)
- Taxes (Cukai): Cukai caj (tidak berkenaan dalam kes kita).
- Swap: Amaun swap dikenakan kerana memegang kedudukan semalaman.
- Profit (Keuntungan): Keuntungan/kerugian semasa untuk pesanan tertentu.
- Komen: Komen yang menentukan sebab penutupan pesanan (cth., sl, tp, baki tetap).
Di bawah semua pesanan, anda akan melihat:
- Profit/Loss (Keuntungan/Kerugian): Jumlah keuntungan dan kerugian pada akaun.
- Credit (Kredit): Jumlah bonus yang dikreditkan ke akaun.
- Deposit: Jumlah dana yang didepositkan ke akaun.
- Withdrawal (Pengeluaran): Jumlah dana yang dikeluarkan dari akaun.
Untuk MT5, terdapat medan tambahan seperti:
- Value (Nilai): Nilai lot yang dibuka (1 lot standard = 100 000 USD).
- Change (Perubahan): Perubahan keuntungan/kerugian dalam peratus.
- Magis (nombor): Pengecam unik untuk setiap perdagangan yang dibuat oleh EA.
Tab Journal membuat log semua tindakan dan peristiwa dalam platform MetaTrader untuk sesi semasa. Log ini boleh mempunyao status berbeza:
- Informational Message (Mesej Bermaklumat): Maklumat umum tentang tindakan yang telah dijalankan.
- Warning (Amaran): Peringatan tentang isu-isu yang mungkin.
- Error Message (Mesej Ralat): Butiran tentang ralat yang dihadapi.
Log-log ini membantu menjejak dan menyelesaikan tindakan yang telah dijalankan dalam MetaTrader.
Tab Navigator (boleh diakses dengan CTRL+N pada kedua-dua terminal komputer MT4 dan MT5) memberi akses pantas ke pelbagai elemen dalam MetaTrader:
- Accounts (Akaun): Senarai akaun disimpan. Mengklik dua kali pada nombor akaun akan membuka tetingkap log masuk.
- Indicators (Indikator): Senarai indikator tersuai.
- Expert Advisors (EA) (Penasihat Pakar): Senarai robot yang melaksanakan perdagangan atau tindakan secara automatik.
- Scripts (Skrip): Senarai skrip yang diprogramkan untuk melaksanakan tindakan tertentu sekali.