Keselamatan akaun dan dana anda menjadi keutamaan kami. Terdapat beberapa amalan yang dapat melindungi keselamatan akaun JustMarkets anda. Tip yang kami kongsikan di bawah ini dapat membantu melindungi keselamatan akaun JustMarkets anda dan mengenal pasti cubaan akses tanpa kebenaran yang sering digunakan.
Nota: Wakil JustMarkets tidak dibenarkan untuk meminta kata laluan anda, 2FA, kod PIN, kod pengesahan atau butiran pembayaran.
Cara memastikan akaun anda selamat
Klik mana-mana topik di bawah untuk melihat butiran
Lindungi butiran log masuk anda
Lindungi butiran log masuk anda
Jangan sesekali kongsi kata laluan anda, PIN atau kod pengesahan anda dengan sesiapa, walaupun jika individu itu mendakwa dia bekerja untuk JustMarkets. Ini termasuk kata laluan Ruang Peribadi anda dan kata laluan akaun dagangan.
Gunakan kata laluan yang sukar diteka dan unik. Elakkan kata laluan yang menggunakan tarikh lahir, nama dan perkataan lazim dan jangan gunakan kata laluan yang sama dengan laman web lain.
Tetapkan kod PIN 2FA untuk perlindungan tambahan. Untuk melihat semula arahan, anda boleh semak artikel "Cara menetapkan dan menukar kod PIN 2FA".
Lindungi e-mel dan nombor telefon anda. Kod pengesahan akan dihantar ke e-mel berdaftar atau nombor telefon anda, jadi sesiapa yang dapat mengaksesnya boleh menerima kod anda. Gunakan kata laluan yang sukar diteka dan pengesahan dua faktor untuk akaun e-mel anda.
Semak sebelum anda log masuk atau klik
Semak sebelum anda log masuk atau klik
Semak alamat laman web sebelum anda masukkan kata laluan dan kod anda. Langkah ini penting untuk setiap pautan, termasuk pautan daripada chat atau mesej. Laman web palsu mungkin kelihatan sama tetapi menggunakan alamat yang sedikit berbeza.
Berhati-hati dengan mesej yang mencurigakan. Jika anda tidak memulakan perbualan dan mesej tersebut meminta anda klik satu pautan, jangan klik pautan tersebut.
Cara paling selamat untuk log masuk ialah melalui Aplikasi JustMarkets atau bookmark yang anda sendiri simpan.
Muat turun MetaTrader 4/5 dan Aplikasi JustMarkets Trading hanya dari sumber rasmi: laman web JustMarkets, App Store atau Google Play atau semak bahagian Platform Dagangan kami untuk semua senarai muat turun rasmi.
Domain rasmi JustMarkets
Domain rasmi JustMarkets
Sentiasa semak domain di dalam bar alamat di pelayar anda sebelum log masuk atau memasukkan maklumat sensitif.
Ketahui tanda-tanda amaran
Ketahui tanda-tanda amaran
Sesebuah mesej boleh kelihatan sangat porfesional dan mungkin menggunakan logo, nama dan rekaan JustMarkets. Sila berwaspada apabila terdapat individu yang:
Menjanjikan keuntungan terjamin, dagangan bebas risiko atau bonus istimewa
Menawarkan pelaksanaan dagangan atau menguruskan akaun bagi pihak anda dan meminta maklumat log masuk dan kata laluan
Meminta anda memasang perisian akses jarak jauh (contohnya AnyDesk atau TeamViewer)
Meminta anda memindahkan wang ke akaun bank peribadi, dompet, atau alamat kripto, contohnya seperti "mengaktifkan" akaun atau bonus anda
Mendesak anda untuk bertindak segera ("akaun anda akan disekat", "sahkan sekarang")
Menawarkan untuk mendapatkan semula dana yang hilang di mana anda perlu membayar wang pendahuluan atau komisen
Sekiranya anda berdepan dengan mesej sebegitu:
Jangan balas atau klik apa-apa pautan yang diberikan oleh pengirim
Sekat nombor dan laporan akaun tersebut jika anda menggunakan aplikasi mesej atau media sosial
Hubungi bahagian sokongan rasmi kami melalui chat atau laman web kami atau Hab Sokongan untuk mengesahkan maklumat
Cara mengenal pasti sama ada sesuatu mesej itu sah
Cara mengenal pasti sama ada sesuatu mesej itu sah
E-mel dari JustMarkets biasanya akan dihantar dari alamat yang berakhir dengan @justmarkets.com. Semak alamat penuh pengirim, bukan sekadar nama yang terpapar dalam mesej. Sila berwaspada dengan alamat yang kelihatan serupa tetapi sebenarnya berbeza satu huruf atau simbol, contohnya @justmarket (tanpa "s").
Akaun media sosial rasmi kami dipautkan dengan laman web JustMarkets dan di bahagian bawah halaman Pusat Bantuan ini,. Mesej dari akaun lain yang menggunakan nama atau logo kami, mungkin bukan dari kami. Anda boleh sentiasa menyemak sama ada halaman atau akaun aplikasi mesej itu merupakan halaman atau akaun rasmi kami dengan Pasukan Sokongan di chat.
Sekiranya anda tidak pasti sama ada sesebuah mesej, panggilan atau pautan itu sah:
Jangan kongsi sebarang maklumat peribadi dan akaun
Jangan klik pautan dan jangan pasang apa-apa yang dihantar
Tamatkan perbualan dan hubungi kami melalui chat di laman web kami atau Hab Sokongan
Pastikan peranti anda sentiasa selamat
Pastikan peranti anda sentiasa selamat
Kunci peranti anda. Tetapkan PIN atau kata laluan dan auto lock timer yang singkat. Log keluar dari Ruang Peribadi anda apabila anda selesai, terutamanya pada komputer yang dikongsi dengan orang lain.
Aktifkan log masuk biometrik (Face ID, Touch ID, atau cap jari) dalam tetapan Aplikasi JustMarkets Trading.
Pastikan sistem operasi, pelayar dan aplikasi anda dikemas kini untuk melindungi isu keselamatan dan gunakan antivirus di komputer anda.
Elakkan log masuk akaun menggunakan Wi-Fi awam tanpa perlindungan secukupnya.
Jangan simpan kata laluan anda pada pelayar di peranti yang dikongsi.
Deposit dan pengeluaran
Deposit dan pengeluaran
Hanya gunakan akaun pembayaran milik anda. Deposit dari pihak ketiga tidak dibenarkan. Untuk butiran lanjut, semak artikel kami "Bolehkah saya menggunakan akaun pembayaran milik rakan atau saudara saya untuk membuat deposit".
Sentiasa semak butiran pembayaran sebelum anda mengesahkan transaksi.
Lakukan deposit hanya dari Ruang Peribadi. Jangan gunakan sebarang butiran pembayaran yang dikongsikan dengan anda melalui e-mel, media sosial atau aplikasi mesej – deposit yang dibuat dari saluran tersebut bukan saluran deposit rasmi dan tidak akan masuk ke akaun dagangan anda.
Apa yang perlu dilakukan jika anda mendapati akaun anda telah diakses tanpa kebenaran
Apa yang perlu dilakukan jika anda mendapati akaun anda telah diakses tanpa kebenaran
Jika anda mendapati terdapat aktiviti yang mencurigakan atau telah memberi butiran log masuk kepada individu lain, lakukan langkah ini segera:
Tukar kata laluan Ruang Peribadi anda. Lihat "Cara mengubah kata laluan Ruang Peribadi". Sila ambil perhatian bahawa selepas menukar kata laluan, pengeluaran tidak boleh dilakukan untuk tempoh 24 jam.
Tetapkan semula kata laluan akaun dagangan anda. Lihat "Cara menetapkan semula kata laluan akaun dagangan"
Log keluar dari semua sesi yang sedang aktif. Pergi ke Tetapan Keselamatan dan Log keluar dari semua sesi yang sedang aktif.
Lindungi akaun e-mel anda. Tukar kata laluan e-mel anda dan semak sama ada terdapat tetapan peraturan pemajuan e-mel (forwarding) atau peranti yang tidak dikenali yang masih mempunyai akses kepada akaun anda.
Semak aktiviti anda. Semak Sejarah Transaksi dan sejarah dagangan untuk mengenal pasti aktiviti yang mencurigakan.
Hubungi kami melalui chat di laman web kami atau Hab Sokongan. Pilih "Laman Web dan Ruang Peribadi → Isu keselamatan Ruang Peribadi". Nyatakan apa yang telah berlaku dan bila, serta lampirkan sebarang screnshoot yang berkenaan. Lihat "Cara menghantar dan melihat status permintaan di Hab Sokongan"
Perlukan bantuan?
Jika anda tidak pasti sama ada sesebuah mesej, perbualan atau pautan itu sah atau sebaliknya, jangan ambil sebarang tindakan. Sila hubungi kami melalui chat di laman web kami atau Hab Sokongan dan kami akan membantu anda membuat semakan.
