Langkau ke kandungan utama

Bagaimana Cara Menggunakan Bank tempatan di Malaysia

Deposit minimum

10 USD/per transaksi

Deposit maksimum

20 000 USD/per transaksi

Pengeluaran minimum

10 USD/per transaksi

Pengeluaran maksimum

11 400 USD/per transaksi

Yuran pemprosesan deposit

0%

Yuran pemprosesan pengeluaran

0%

Masa pemprosesan deposit

Segera - 10 minit

Masa pemprosesan pengeluaran

Segera - 3 jam


Deposit Pengeluaran

  1. Log masuk ke Ruang Peribadi anda (RP).

  2. Pergi ke tab Pembiayaan → Deposit.

  3. Cari dan pilih “Bank Tempatan di Malaysia” daripada senarai kaedah deposit.

  4. Pilih akaun trading yang anda ingin tambah dana.

  5. Pilih nama bank yang anda ingin gunakan.

  6. Masukkan amaun yang diingini dan klik butang “Deposit” untuk teruskan. Anda akan dibawa ke laman web kaedah pembayaran tersebut.

  7. Log masuk menggunakan butiran bank anda untuk mengakses portal perbankan anda.

  8. Sahkan transaksi menggunakan kod pengesahan dari aplikasi bank anda atau SMS.

  9. Tunggu sebentar sehingga anda dibawa semula ke Ruang Peribadi atau klik “Redirect now” untuk teruskan.

  10. Proses deposit kini selesai, dan dana anda akan dipaparkan pada akaun trading yang dipilih.

Nota: kami menyokong beberapa bank paling popular di Malaysia seperti Maybank, CIMB, Hong Leong Bank, DuitNow dan lain-lain.


Pengeluaran

  1. Log masuk ke Ruang Peribadi (RP).

  2. Pergi ke menu bahagian kiri untuk buka tab Pembiayaan → Pengeluaran.

  3. Cari dan pilih “Bank Tempatan di Malaysia” daripada senarai kaedah pengeluaran.

  4. Pilih akaun trading yang anda ingin keluarkan dana daripadanya.

  5. Pilih bank anda dalam ruangan “Nama bank” dan masukkan maklumat yang relevan dalam ruangan seterusnya.

  6. Masukkan amaun yang ingin dikeluarkan.

  7. Klik butang “Kod PIN” untuk mendapatkan kod pengesahan yang akan dihantar ke e-mel anda atau SMS. Masukkan kod dalam ruangan “Kod PIN”.

  8. Klik butang “Pengeluaran” untuk melengkapkan proses pengeluaran. Permintaan pengeluaran anda akan diproses dalam tempoh masa yang dipaparkan.

Adakah ini menjawab soalan anda?