Di JustMarkets, kod PIN digunakan untuk pelbagai operasi bukan perdagangan seperti deposit, pengeluaran, dan menukar kata laluan. Apabila anda memulakan salah satu tindakan ini dalam Kawasan Peribadi anda, anda boleh menerima kod PIN dengan mengklik butang "Dapatkan kod". Kod boleh dihantar melalui e-mel atau SMS, dengan kaedah lalai ditetapkan kepada e-mel untuk semua pengguna.
Bagaimana cara untuk menukar kaedah penghantar kod PIN
Untuk menukar kaedah penerimaan kod PIN dari e-mel kepada SMS, atau sebaliknya, ikuti langkah-langkah berikut.
1. Log masuk ke halaman peribadi anda. Log masuk ke akaun JustMarkets anda dan isikan butiran yang diperlukan.
2. Pergi ke bahagian Tetapan. Layari ke bahagian Tetapan di Halaman Peribadi anda.
3. Pilih pada bahagian Tetapan Keselamatan. Dalam menu tatapan, pilih Tatapan Keselamatan.
4. Pilih kaedah pilihan anda untuk menghantar kod PIN:
- Anda akan melihat pilihan untuk menerima kod PIN melalui “E-mel saya” atau “Nombor telefon saya” (SMS)
- Tekan pada butang “Dapatkan Kod” di sebelah ruangan Kod Pengesahan.
5. Masukkan Kod Pengesahan:
- Anda akan menerima kod pengesahan sama ada ke nombor telefon bimbit anda atau e-mel.
- Masukkan kod yang diterima ke dalam medan Kod Pengesahan dan klik "Tukar."
Penyelesaian masalah kod PIN
Jika anda tidak berjaya menerima Kod PIN melalui SMS:
1. Periksa ketepatan nombor telefon bimbit anda. Sila pastikan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan adalah betul.
2. Mulakan semula telefon bimbit anda. Kadang-kadang, mulakan semula telefon bimbit anda dapat menyelesaikan masalah ini.
3. Padam mesej lama. Bersihkan mesej yang lama untuk memberi ruang kepada mesej yang baharu masuk.
Jika anda tidak berjaya menerima Kod PIN melalui e-mel:
1. Mulakan semula Perkhidmatan E-mel dan Pelayar anda. Segarkan semula perkhidmatan e-mel anda dan mulakan semula pelayar anda.
2. Tunggu beberapa minit. Kadang-kadang, terdapat kelewatan dalam menerima e-mel.
3. Semak semua folder e-mel. Lihat dalam folder ‘Semua e-mel”, “Spam” dan “Promosi”.
4. Kosongkan ruang. Sila pastikan peti masuk anda mempunyai ruang yang mencukupi untuk menerima e-mel yang baharu.
5. Cuba Pelayar yang berbeza. Kadang-kadang, membuat pertukaran pelayar boleh menyelesaikan perkara ini.
Jika langkah-langkah ini tidak menyelesaikan masalah, anda boleh menukar kaedah penghantaran kod PIN kepada pilihan alternatif (e-mel atau SMS). Jika nombor telefon atau alamat e-mel anda tidak betul, sila rujuk kepada artikel tentang bagaimana untuk menguruskan maklumat yang didaftarkan anda untuk bantuan lanjut.