Artikel ini akan membantu anda memahami proses pengesahan dan merancang bagaimana anda ingin melengkapkan pendaftaran di JustMarkets. Berikut adalah panduan lengkap cara membuat pengesahan.
Pengesahan penuh diperlukan untuk mengakses semua perkhidmatan dan produk di platform dagangan kami.
Langkah pertama dalam pengesahan adalah mengesahkan alamat E-mel anda. Selepas e-mel anda didaftarkan, pengesahan e-mel akan membolehkan anda mengakses halaman Deposit, Pengeluaran dan juga memulakan dagangan pertama anda. Anda hanya perlu pergi ke Tetapan untuk mengesahkan e-mel anda. Pastikan semua maklumat adalah tepat dan klik “Mulakan sekarang”. Sebuah kod akan dihantar ke alamat e-mel anda, masukkan kod tersebut dalam ruangan yang disedikan dan sahkan.
Untuk langkah seterusnya, anda perlu isikan maklumat peribadi seperti nama pertama, nama keluarga, tarikh lahir, dsb, Pastikan semua maklumat adalah tepat sebelum teruskan.
Jawab soalan berkenaan maklumat profil dan isikan maklumat untuk soalan yang spesifik. Soalan-soalan ini ini membolehkan kami memahami objektif anda, kepakaran dagangan dan menyediakan perkhidmatan yang khusus untuk keperluan anda. Sebaik sahaja telah lengkap, sahkan semua maklumat adalah betul dengan menandakan kotak dan klik “Teruskan”.
Itu sahaja! Anda akan dapat melihat “All set” terpapar pada skrin. Ia mengesahkan anda boleh membuat deposit sehingga $2,000. Jika anda ingin menaikkan had atau melengkapkan pengesahan penuh, klik pada “Lengkapkan pengesahan” untuk meneruskan langkah seterusnya.
Pengesahan identiti dan tempat tinggal adalah langkah penting untuk prosedur pengesahan. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam artikel berikut:
Nota: Pengesahan identiti dan tempat tinggal akan diproses secara manual oleh Team Pengesahan 24/7 dan boleh mengambil masa sehingga 1 hari bekerja untuk dilengkapkan.
Kami mempunyai syarat-syarat yang ketat untuk dokumen yang digunakan untuk mengesahkan klien:
- Dokumen tidak boleh kabur. Semua kandungan mesti jelas dengan keempat-empat bucunya kelihatan.
- Kami menerima salinan imbasan berwarna dalam pelbagai format, termasuk jpg, pdf, jpeg, png, gif, tif, dan tiff, dengan saiz fail maksimum 10 MB dan tidak melebihi 2 fail pada satu masa.
JustMarkets memproses semua permintaan pengesahan dan menurut polisi KYC, dokumen boleh ditolak. Untuk melihat sebab dokumen ditolak, log masuk ke Ruang Peribadi anda dan pergi ke Laman Pengesahan. Anda dapat melihat status pengesahan dan juga senarai permintaan pengesahan. Setiap permintaan akan disertakan komen dan juga penerangan daripada bahagian Pengesahan.
Antara alasan pengesahan ditolak adalah:
Alasan | Tindakan pengguna diperlukan |
---|---|
Dokumen belum disahkan. Sila pastikan dokumen identiti menyertakan nama penuh anda, gambar dan tarikh lahir, dan sah untuk tempoh lebih daripada sebulan sebelum tarikh luput. |
Dokumen ID anda tidak mengandungi semua butiran seperti:
Pastikan semua butiran terdapat dalam dokumen ID anda dan dipaparkan dengan jelas. Sebagai alternatif, muat naik dokumen lain yang memenuhi syarat yang ditetapkan. |
Dokumen belum disahkan. Untuk memuktamadkan proses pengesahan identiti, sila berikan swafoto sambil memegang dokumen identiti anda, pastikan anda dan dokumen itu boleh dilihat dengan jelas. | Untuk melengkapkan pengesahan ID anda, anda perlu memuat naik selfie bersama ID. Foto ini diperlukan untuk mengesahkan anda pemilik yang sah untuk dokumen ID tersebut. Ia membantu mengelakkan sebarang penyalahgunaan dokumen tersebut. |
Dokumen belum disahkan. Nama penuh anda tidak dinyatakan dalam dokumen. Sila pastikan dokumen identiti menyertakan nama penuh anda, gambar dan tarikh lahir, serta sah untuk tempoh lebih dari sebulan sebelum tarikh tamat tempoh. |
Dokumen yang dimuat naik tidak mengandungi nama penuh anda. Muat naik dokumen ID yang memenuhi syarat berikut:
|
Dokumen belum disahkan. Malangnya, perkhidmatan kami tidak boleh diberikan kepada individu yang belum mencapai umur 18 tahun. Akaun anda akan disekat. |
Berdasarkan data yang terdapat pada dokumen ID anda, kami mendapati anda masih belum mencapai umur 18 tahun. Berdasarkan Perjanjian Pelanggan, JustMarkets tidak menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di bawah umur. Ruang Peribadi anda akan diblok, dan anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan kami. |
Dokumen belum disahkan. Dokumen telah tamat tempoh. Sila hantar dokumen identiti lain yang tempoh sahnya lebih daripada sebulan sebelum tarikh luput. Dokumen tersebut mesti menyertakan nama penuh anda, gambar dan tarikh lahir. |
Anda telah menghantar dokumen yang telah tamat tempoh, dokumen ID tersebut perlu sah sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tarikh tamat tempoh. Sila kemas kini dokumen ID anda dan hantarkan dokumen dengan tarikh sah yang memenuhi syarat. |
Dokumen belum disahkan. Anda telah menghantar salinan dokumen yang berwarna hitam putih. Sila hantar gambar ID anda yang berwarna. |
Dokumen yang dimuat naik adalah dalam format hitam putih. Muat naik foto dokumen lain. Sila maklum bahawa foto ID anda mestilah dalam format berwarna. |
Dokumen belum disahkan. Bahagian hadapan/belakang ID anda terpotong. Sila hantar bahagian hadapan/belakang ID anda bersaiz penuh di mana kami boleh melihat semua bucu dan sudut dokumen dengan jelas. |
Foto dokumen ID anda tidak penuh, terdapat bahagian tertentu pada dokumen yang telah terpotong dan tidak jelas. Sila pastikan dokumen anda boleh dilihat sepenuhnya. Foto dokumen tersebut perlu memaparkan semua penjuru dan bahagian tepi. |
Permintaan untuk menukar maklumat profil belum diluluskan. Ia boleh diproses selepas melengkapkan pengesahan identiti. Sila pastikan langkah pengesahan identiti sudah lengkap terlebih dahulu. |
Anda telah cuba menukar maklumat peribadi anda dalam Ruang Peribadi tanpa mengesahkan identiti anda. Anda perlu memuat naik dan sahkan dokumen ID anda. Sebaik sahaja ID telah disahkan, hantar semula permintaan untuk menukarkan maklumat peribadi anda. |
Dokumen belum disahkan. Jenis dokumen ini tidak boleh disahkan. Untuk melengkapkan pengesahan identiti, sila hantar dokumen identiti alternatif. |
Jenis dokumen yang anda muat naik tidak boleh diterima untuk pengesahan ID kerana ia tidak mematuhi polisi KYC. Anda perlu menghantar dokumen lain. |
Dokumen belum disahkan. Sila hantar dokumen bil utiliti atau penyata bank yang mengandungi nama penuh anda dan alamat, dikeluarkan dalam tempoh 6 bulan lalu. |
Anda telah menghantar dokumen yang salah atau dokumen tersebut tidak mengandungi sebarang butiran kediaman/tempat tinggal anda. Hantarkan dokumen tempat tinggal seperti bil utiliti atau penyata bank. Dokumen tersebut perlu mengandungi:
|
Dokumen belum disahkan. Sila pastikan dokumen bukti alamat mengandungi nama penuh anda serta alamat dan telah dikeluarkan dalam tempoh 6 bulan yang lalu. |
Dokumen tempat tinggal anda tidak mengandungi semua butiran seperti:
Pastikan semua butiran tersebut terdapat dalam dokumen kediaman anda dan jelas kelihatan. Anda juga boleh memuat naik dokumen tambahan lain yang memenuhi syarat tersebut. |
Dokumen belum disahkan. Dokumen bukti tempat tinggal anda dilindungi dengan kata laluan. Malangnya, kami tidak dapat membuka fail ini. Sila hantar dokumen lain. |
Anda telah memuat naik dokumen yang dilindungi dengan kata laluan. Ikuti langkah berikut untuk unlock dokumen PDF menggunakan browser:
|
Dokumen belum disahkan. Hanya dokumen bertulis dengan cap dakwat diterima. Sila pastikan dokumen bukti alamat mengandungi nama penuh anda serta alamat dan telah dikeluarkan dalam tempoh 6 bulan yang lalu. |
Anda telah menghantar dokumen bertulisan tangan tetapi tiada ink stamp pada dokumen tersebut. Berdasarkan polisi KYC, JustMarkets boleh menerima dokumen dalam tulisan tangan hanya jika terdapat ink stamp yang mengesahkan ketulenan dokumen tersebut. Anda perlu memuat naik dokumen tempat tinggal yang lain seperti bil utiliti atau penyata bank. Dokumen tersebut perlu mengandungi:
|
Dokumen belum disahkan. Nama dalam dokumen tidak sepadan dengan nama yang ditunjukkan dalam profil. Sila pastikan dokumen tersebut mengandungi nama penuh anda serta alamat, dan telah dikeluarkan dalam tempoh 6 bulan yang lalu. |
Anda telah menghantar dokumen yang dikeluarkan bukan atas nama anda. Dokumen kediaman perlu mengandungi nama penuh anda yang anda gunakan semasa proses pengesahan di laman web JustMarkets. Anda perlu memuat naik dokumen kediaman yang dikeluarkan atas nama anda, seperti bil utiliti atau penyata bank. Dokumen tersebut perlu mengandungi:
|
Dokumen belum disahkan. Cek, resit atau borang deposit tunai tidak diterima untuk pengesahan alamat. Sila hantar dokumen bil utiliti atau penyata bank yang mengandungi nama penuh anda serta alamat, dan telah dikeluarkan dalam tempoh 6 bulan yang lalu. |
Anda telah memuat naik cek, resit atau borang deposit tunai. Dokumen tersebut tidak boleh digunakan sebagai bukti alamat kediaman. Anda perlu memuat naik dokumen kediaman yang dikeluarkan atas nama anda, seperti bil utiliti atau penyata bank. Dokumen tersebut perlu mengandungi:
|
Dokumen belum disahkan. Untuk melengkapkan pengesahan bukti tempat tinggal, sila hantar dokumen alternatif. Sila pastikan dokumen bukti alamat mengandungi nama penuh anda serta alamat, dan telah dikeluarkan dalam tempoh 6 bulan yang lalu. |
Dokumen anda untuk tujuan pengesahan tempat tinggal tidak diterima oleh polisi KYC. Anda perlu memuat naik dokumen kediaman yang dikeluarkan atas nama anda, seperti bil utiliti atau penyata bank. Dokumen tersebut perlu mengandungi:
|
Dokumen belum disahkan. Dokumen telah ditolak disebabkan keadaannya yang teruk atau kualiti gambar yang dilampirkan itu buruk. Sila hantar dokumen identiti dengan kualiti yang lebih baik. |
Kami tidak dapat melihat butiran dengan jelas disebabkan foto yang tidak berkualiti. Sila ambil gambar yang lebih berkualiti dengan menggunakan kamera yang sama atau lain. |
Dokumen belum disahkan. Salinan bercetak dokumen identiti tidak diterima. Sila hantar gambar dokumen asal. |
Dokumen yang anda hantar adalah salinan dokumen asal. Pihak JustMarkets hanya menerima dokumen asal untuk tujuan pengesahan. Anda perlu memuat naik semual dokumen asal dalam format berwarna di Ruang Peribadi anda. |
Dokumen belum disahkan. Dokumen kelihatan kabur, menjadikan sukar untuk melihat butiran tertentu maklumat peribadi anda dengan jelas. Sila hantar gambar dokumen asal dengan resolusi yang tinggi. |
Gambar dokumen kabur dan kami tidak dapat melihat semua butiran dengan jelas. Sila muat naik foto lain dalam resolusi tinggi dan kualiti yang lebih baik. |
Dokumen belum disahkan. Sila hantar gambar baharu dokumen tanpa sebarang tera air atau pancaran cahaya yang menghalang data anda. Pastikan semua data dilihat dengan jelas. |
Gambar dokumen anda mengandungi watermarks atau flash dari kamera anda telah menutup bahagian tertentu dokumen yang memaparkan data penting. Pastikan gambar anda tidak mengandungi watermarks dan dokumen tersebut boleh dilihat dengan jelas. |
JustMarkets menawarkan perkhidmatan di pelbagai nefara dan menerima pelbagai jenis dokumen rasmi negara tersebut untuk tujuan pengesahan ID dan tempat tinggal. Anda boleh semak senarai dokumen di bawah.
Nota: Senarai tersebut tidak mengandungi semua negara.
Negara | Bukti Identiti | Bukti Kediaman |
---|---|---|
Afghanistan |
|
|
Algeria |
|
|
Argentina |
|
|
Bangladesh |
|
|
Brazil |
|
|
Brunei |
|
|
Cameroon |
|
|
Colombia |
|
|
Dominican Republic, Venezuela |
|
|
Mesir |
|
|
Ghana |
|
|
India |
|
|
Indonesia |
|
|
Iraq |
|
|
Kenya |
|
|
Malaysia |
|
|
Maghribi |
|
|
Mozambique, Mexico |
|
|
Nepal, Eswatini (Swaziland) |
|
|
Nigeria |
|
|
Filipina |
|
|
Rwanda, Benin, Hong Kong |
|
|
Afrika Selatan |
|
|
Thailand, Singapura |
|
|
Togo |
|
|
Tunisia |
|
|
Uganda |
|
|
Emiriah Arab Bersatu |
|
|
Uzbekistan |
|
|
Vietnam |
|
|
Zambia, Lesotho |
|
|
Zimbabwe |
|
|