JustMarkets menawarkan pelbagai pilihan leveraj daripada 1:1 sehingga 1:3000, membolehkan klien menggunakan pelbagai strategi perdagangan.
1) Di Ruang Peribadi:
Untuk menyemak leveraj semasa pada akaun perdagangan anda di Ruang Peribadi, ikut langkah-langkah ini:
- Log masuk ke Ruang Peribadi anda.
- Pergi ke bahagian “Akaun saya”, boleh diakses melalui menu sebelah kiri.
- Klik pada tiga titik bersebelahan dengan akaun yang diinginkan dan pilih “Makiumat akaun”
- Di sini, anda boleh melihat leveraj semasa bersebelahan dengan nama pelayan.
2) Dalam Aplikasi Perdagangan JustMarkets:
- Setelah log masuk, anda akan berada di halaman Akaun dengan salah satu akaun anda dipilih secara lalai.
- Jika anda ingin menyemak akaun berbeza, tekan pada akaun semasa dan pilih daripada senarai.
- Tekan butang “lagi”, pergi ke Tetapan Akaun yang akan menunjukkan leveraj.
1) Di Ruang Peribadi:
Untuk menukar leveraj akaun anda, lakukan yang berikut:
- Log masuk ke Ruang Peribadi anda.
- Pilih "Akaun saya" daripada menu kiri.
- Klik tiga titik bersebelahan akaun yang anda ingin ubah dan pilih “Tukar leveraj”.
- Pilih leveraj yang diinginkan daripada pilihan yang disediakan dan sahkan pilihan anda dengan mengklik "Tukar.
2) Dalam Aplikasi Perdagangan JustMarkets:
- Pergi ke halaman Akaun setelah log masuk.
- Pilih akaun yang anda ingin sesuaikan (jika ia belum dipilih), dengan mengklik akaun tersebut dan pilih yang lain daripada menu juntai bawah.
- Tekan “Lagi”, kemudian pergi Tetapan Akaun.
- Klik pada leveraj yang dipaparkan, pilih leveraj pilihan anda yang baharu dan sahkan penukaran tersebut.
Nota Penting: Sebelum anda menukar leveraj, pastikan tiada pesanan terbuka atau jika ada, pastikan akaun anda mempunyai dana yang mencukupi bagi memenuhi keperluan margin baharu. Menukar leveraj akan mempengaruhi margin yang diperlukan untuk perdagangan sedia ada dan boleh membawa kepda stop out jika ekuiti tidak mencukupi.
Arahan-arahan ini seharusnya membantu anda menguruskan tetapan leveraj dengan cekap dan memastikan aktiviti perdagangan selaras dengan strategi kewangan anda.
Keperluan margin pada akaun anda dipautkan dengan leveraj yang anda gunakan. Dengan itu, sebarang perubahan dalam leveraj akan mempengaruhi keperluan margin anda. Faktor-faktor seperti spread juga mungkin akan turun naik bergantung pada keadaan pasaran dan leveraj yang tersedia juga boleh berbeza-beza di bawah keadaan tertentu:
Ekuiti, USD | Leveraj Maksimum |
---|---|
0 – 999 | 1:3000 |
1,000 – 4,999 | 1:2000 |
5,000 – 39,999 | 1:1000 |
40,000 atau lebih | 1:500 |
Nota: Instrumen perdagangan mungkin mempunyai leveraj maksimum yang berbeza mengikut spesifikasinya.
- Di sekitar waktu berita ekonomi berimpak tinggi, leveraj boleh digunakan untuk kedudukan baharu. Semak Kalendar Ekonomi untuk kekal terkini dengan siaran-siaran utama.
- Keperluan margin yang meningkat juga mungkin dikenakan semasa rollover, hari hujung minggu dan hari cuti umum pada instrumen tertentu.