Dalam status IB, terdapat 4 peringkat ganjaran, Rakan Kongsi Perak, Rakan Kongsi Emas, Rakan Kongsi Platinum dan Rakan Kongsi Berlian. Keperluan untuk setiap peringkat adalah meningkat, begitu juga saiz ganjaran.
Kehilangan status IB boleh berlaku jika keperluan minimum (rakan kongsi tahap Perak) tidak dipenuhi untuk 3 kelayakan berturut-turut. Kelayakan tahap berlaku pada hari pertama setiap bulan kalendar, iaitu, anda ada 3 bulan untuk memulihkan aktiviti anda.
Jika keperluan minimum tidak dipenuhi untuk kelayakan 1 atau 2 berturut-turut, sepanduk “Kelayakan gagal” dipaparkan pada halaman Papan Pemula di “Tempoh kelayakan komisen”.
Contoh
- Level partner semasa anda: Silver Partner (USD 30-150 juta, 3 pelanggan aktif) dan anda memiliki 5 pelanggan aktif.
- Tempoh kelayakan bermula pada 1 Jun. Volume dagangan untuk 3 bulan terakhir yang seterusnya adalah:
Bulan | Volum dagangan |
---|---|
Mac | 5 mln USD |
April | 9 mln USD |
Mei | 11 mln USD |
Jumlah | 25 mln USD |
- Untuk kekal berada pada level semasa - Silver Partner, anda perlukan volume dagangan sekurang-kurangnya 30 juta untuk 3 bulan terakhir dan sekuranya-kurangnya 3 pelanggan aktif.
- Pada 1 Jun, volume dagangan anda adalah – USD 25 juta. Jumlah tersebut tidak mencukupi untuk level Silver Partner (USD 30 juta – 150 juta, 3 pelanggan aktif). Situasi ini dianggap sebagai kegagalan pertama untuk tempoh kelayakan.
- Tempoh kelayakan baharu bermula pada 1 Julai. Volume dagangan anda untuk 3 bulan terakhir yang seterusnya adalah:
Bulan | Volum dagangan |
---|---|
April | 9 mln USD |
Mei | 11 mln USD |
Jun | 0 mln USD |
Jumlah | 20 mln USD |
- Pada 1 Julai, volume dagangan anda – USD 20 juta. Jumlah ini tidak mencukupi untuk level Silver Partner (USD 30 – 150 juta, 3 pelanggan aktif). Situasi ini dianggap sebagai kegagalan kedua untuk tempoh kelayakan.
- Tempoh kelayakan baharu bermula pada 1 Ogos. Volume dagangan anda untuk 3 bukan terakhir yang seterusnya adalah:
Bulan | Volum dagangan |
---|---|
Mei | 11 mln USD |
Jun | 0 mln USD |
Julai | 15 mln USD |
Jumlah | 26 mln USD |
- Pada 1 Ogos, volume dagangan anda adalah – USD 26 juta. Jumlah ini tidak mencukupi untuk level Silver Partner (USD 30 – 150 juta, 3 pelanggan aktif). Situasi ini dianggap sebagai kegagalan ketiga untuk tempoh kelayakan, dan level anda diturunkan ke Advanced Partner (USD 15 – 30 juta, 1 pelanggan aktif).
- Untuk naik semula ke level yang lebih tinggi – iaitu Silver Partner (USD 30 – 150 juta, 3 pelanggan aktif), pelanggan anda perlu menjana volume dagangan bernilai USD 15 juta dalam bulan September dan anda perlu memiliki sekurang-kurangnya 3 pelanggan aktif.