Menggunakan pautan rakan kongsi sendiri untuk mencipta Ruang Peribadi dipanggil rujukan auto dan dilarang keras di JustMarkets. Seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Introducing Broker:
2.2.10. Pihak syarikat berhak untuk tidak membayar komisen IB untuk Pelanggan yang Diperkenalkan (Referral) apabila Referral dan IB adalah individu yang sama.
2.2.11. Sekiranya syarikat mempunyai keraguan yang munasabah bahawa auto-referral (iaitu apabila IB menerima komisen daripada dagangan yang dilakukan pada Akaun yang dikawal secara langsung atau beradasarkan keadaan (circumstantial) oleh IB; termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penggunaan sekurang-kurangnya dua alamat IP yang sama oleh IB dan Pelanggan yang mendaftar), Syarikat berhak mengurangkan saiz komisen IB sehingga 0%.
Sistem kami akan mengesan secara automatik pengguna yang menggunakan pautan rakan kongsi sendiri untuk memperolehi komisen daripada transaksi yang dilakukan oleh mereka sendiri. Untuk mendapatkan komisen secara sah, anda mesti merujuk (refer) pelanggan lain yang membuka dan membuat dagangan dari Ruang Peribadi pelanggan tersebut.
Sekiranya anda tidak pasti apakah auto-referral atau cara menjemput pelanggan, sila hubungi Team Sokongan kami.